Jom tengok yang ni pulak

♥♥♥Kamu yang aku sayangi♥♥♥

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum awakk..




Awak lupa ye.. dulu kita janji nak jumpa kat Jannatul Firdausi.. tapi saya tengok awak tak berusaha pun nak cari jalan tu…awak lagi pilih manis dunia yg jelas menipu..dari bermujahadah meggapai redhaNya.. 

awak. .kita semua sama je.. manusia…hamba.. punya akal, punya nafsu, punya iman.. saya bukan malaikat…saya pun rasa peritnya mujahadah..kalau awak beralasan awak tak mampu, sebenarnya saya lagilah tak mampu..tapi saya usaha jugak, yakinkan diri bahawa dalam setiap langkah, saya punya Allah..


Awak.. Air mata yg mengalir kerana sakitnya melawan diri sendiri..menarik diri sendiri keluar dari gaung jahiliyyah setelah lama mendap di dasarnya.. itu lebih sejuk menenangkan daripada tangisan kegembiraan tatkala satu persatu keinginan nafsu terpenuhi… percayalah.. ia satu nikmat yg tak terungkapkan nilaiannya.

awak.. saya bukan menunding salah.. bukan..saya tak mainkan watak ‘awak’ dalam kisah awak. Jadi, pastinya ada scene2 yang saya terlepas.. bahkan, saya sendiri pun banyak cacat dan khilaf..pape pun.. saya nak kita ingat..dan sedar bahawa kita Cuma singgah je kat dunia ni. Bila2 je kita akan fly ke negeri abadi tu…dan janjilah sekali lagi, kita jumpa kat sana ye. Jannatul Firdausi… Sama2 doakan ea awak..love u keranaNya.. ♥

~better late than never. Waktu terus berlalu. .namun rahmat dan maghfirahNya setia menunggu.
Salam mujahadah, salam renungan..buat saya dan awakk2 yang disayangi.



Thank you for reading . Peace with love :)

Kemalangan Maut Membabitkan 10 Kenderaan

Lambai tangan sebelum terkulai



CEMAS...anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit.
CEMAS…anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit.

REMUK...kenderaan yang terbabit kemalangan, semalam.
REMUK…kenderaan yang terbabit kemalangan, semalam.

MELAKA: “Saya hanya mampu melihat pemandu lori itu melambaikan tangan dan menggerakkan kepalanya beberapa saat untuk meminta bantuan sebelum dia terkulai di tempat duduknya,” kata R Sivakumar, 32.

 Dia saksi kejadian kemalangan maut membabitkan 10 kenderaan di Persimpangan Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, di sini, jam 3.20 petang semalam.

Kemalangan membabitkan tiga lori, empat motosikal dan kereta iaitu masing-masing sebuah Proton Iswara, Perodua Kancil dan Honda City itu mengakibatkan dua maut dan tiga cedera.

Mangsa yang mati di tempat kejadian ialah pemandu lori membawa dedak, R Chandran, 46, dari Taman Mutiara, Alor Gajah dan penunggang motosikal, R Mukeudan@Mukudan, 62, dari Sagil, Muar, Johor.

Sivakumar berkata, ketika kejadian, dia yang memandu Proton Iswara bersama lima penumpang lain termasuk isterinya, S Eswari, 28, yang mengandung lima bulan dalam perjalanan dari sebuah pasar raya ke rumahnya di Kesang, Jasin dikejutkan dengan dentuman kuat apabila kenderaannya dirempuh lori dipandu Chandran.

Thank you for reading . Peace with love :)

Siapakah kita??

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



:: JOM SHARE TIPS KHUSYUK SOLAT ::
Allah S.W.T Berfirman:-

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ * الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ

"Telah beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang di dalam solatnya mereka khusyuk (al-Mukminun:1-2)"

Kenapa perlu khusyuk? Kerana kita akan rasa ringan je nak solat. Sebagaimana Firman Allah S.W.T

وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ

Dan sesungguhnya ia (solat) itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk (al_baqarah:47)

untuk kita khusyuk dalam solat, Tips di bawah mungkin kita boleh ikut utk memastikan solat kita itu bermutu dan diterima Allah. InsyaAllah

1- Melakukan persiapan dengan sebaik-baiknya. Banyak hal yang termasuk ke dalam persiapan solat ini, di antaranya; menirukan azan, membaca doa setelah azan, menyempurnakan wudhu disertai doanya, memakai pakaian yang bersih, membaca zikir, pergi ke masjid dengan tenang dan tidak tergesa-gesa, menanti imam dan meluruskan shaf serta merapatkannya.

2- Toma’ninah dalam mendirikan solat.

3- Tadabbur (merenungkan) erti ayat yang dibaca, Tadabbur tidak akan dapat dilaksanakan kecuali dengan mengetahui erti apa yang dibaca. Dan agar sempurna tadabburnya, maka dalam membaca ayat hendaklah perlahan dan ayat demi ayat.

4- Mengarahkan pandangan ke tempat sujud. Dan jangan memandang ke langit
Nabi bersabda:

إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ فِي الصَّلَاةِ فَلَا يَرْفَعْ بَصَرَهُ إِلَى السَّمَاءِ

“Jika salah seorang di antara kalian sedang solat, maka janganlah mengangkat pandangan matanya ke langit (ke atas).” (HR. Imam Ahmad).

5- Membaca zikir-zikir yang masyru’ setelah solat. Karena boleh membantu untuk lebih khusyuk dalam hati dan menguatkan barakah solat yang telah didirikan.

6- Jangan lakukan solat berhampiran dengan hidangan atau di depan gambar-gambar yang boleh mengalih perhatian.

7- Hindarkan solat dalam keadaan menahan buang air ataupun yang sama dengannya.

8- Elakkan dari melakukan gerakan yang tidak perlu di dalam solat.

##SHARING ITU DAKWAH SESAMA KITA ## :-)

Kredit to - Al-Quran Digital Read Pen Murah
 
Thank you for reading . Peace with love :)

Apakah kita termasuk orang yang munafik?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum peeps!


Apakah kita termasuk orang yang munafik?
Mungkin kita dengan tegas mengatakan kita adalah bukan orang munafik kerana kurangnya pemahaman kita mengenai apa itu sifat munafik yang sesungguhnya.

Hadits Nabi Muhammad SAW Tentang Orang-Orang Munafik :
“Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”.(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ciri-Ciri / Sifat-Sifat Munafik Manusia :
1. Apabila berkata maka dia akan berkata bohong / dusta.
2. Jika membuat suatu janji atau kesepakatan dia akan mengingkari janjinya.
3. Bila diberi kepercayaan / amanat maka dia akan mengkhianatinya.

Untuk disebut sebagai orang munafik sejati sepertinya harus memenuhi semua ketiga persyaratan di atas iaitu pembohong, pengkhianat dan pengingkar janji. Jika baru satu atau dua ciri saja mungkin belum menjadi munafik tapi baru calon munafik.

1. Berbohong / Dusta

Bohong adalah mengatakan sesuatu yang tidak benar kepada orang lain. Jadi apabila kita tidak jujur kepada orang lain maka kita boleh menjadi orang yang munafik. 

2. Ingkar Janji

Seseorang terkadang suka membuat suatu perjanjian atau kesepakatan dengan orang lain. Apabila orang itu tidak mengikuti janji yang telah disepakati maka orang itu bererti telah ingkar janji. 

3. Berkhianat/ Tidak Amanah

Khianat mungkin yang paling berat kelasnya dibandingkan dengan sifat  berbohong dan mengingkari janji. Contohnya seorang yang di amanahkan menjaga harta tapi beliau menggunakan harta itu untuk kepentingan dirinya sendiri.

Di Bawah adalah antar 30 Sifat Munafik yang boleh wujud pada diri dan membuatkan kita jadi munafik secara tak sedar. Bacalah dan semaklah sama ada sifat2 itu ada pada kita. Jika ada usahalah untuk memperbaiki.

30 Sifat Munafik Yang Wujud Dalam Hati Kita:

Sifat Yang Ke-1 : Dusta
Sifat Yang Ke-2 : Khianat
Sifat Yang Ke-3 : Fujur dalam Pertikaian
Sifat Yang Ke-4 : Mungkir dan Ingkar Janji
Sifat Yang Ke-5 : Malas Beribadah
Sifat Yang Ke-6 : Riya
Sifat Yang Ke-7 : Sedikit Berdzikir
Sifat Yang Ke-8 : Mempercepat Shalat
Sifat Yang Ke-9 : Mencela Orang-Orang yang Taat dan Sholeh
Sifat Yang Ke-10 : Memperolok-olokkan Al Quran, As Sunnah, dan Rasulullah saw
Sifat Yang Ke-11 : Bersumpah Palsu
Sifat Yang Ke-12 : Tidak Mahu Berinfaq
Sifat Yang Ke-13 : Tidak Memiliki Kepedulian terhadap Nasib Kaum Muslimin
Sifat Yang Ke-14 : Suka Menyebakan Kabar Dusta
Sifat Yang Ke-15 : Mengingkari Takdir
Sifat Yang Ke-16 : Mencaci maki Kehormatan Orang-Orang Sholeh
Sifat Yang Ke-17 : Sering Meninggalkan Shalat Berjamaah
Sifat Yang Ke-18 : Membuat Kerosakan di Muka Bumi dengan Dalih Mengadakan Perbaikan
Sifat Yang Ke-19 : Tidak Ada Kesesuaian antara Zahir dengan Batin
Sifat Yang Ke-20 : Takut Terhadap Kejadian Apa pun
Sifat Yang Ke-21 : Berudzur dengan Dalih Dusta
Sifat Yang Ke-22 : Menyuruh Kemungkaran dan Mencegah Kemakrufan
Sifat Yang Ke-23 : Bakhil
Sifat Yang Ke-24 : Lupa Kepada Allah swt
Sifat Yang Ke-25 : Mendustakan janji Allah dan Rasul-Nya
Sifat Yang Ke-26 : Lebih Memperhatikan Zahir, Mengabaikan Batin
Sifat Yang Ke-27 : Sombong dalam Berbicara
Sifat Yang Ke-28 : Tidak Memahami Islam (Ad Din)
Sifat Yang Ke-29 : Bersembunyi dari Manusia dan Menantang Allah dengan Dosa
Sifat Yang Ke-30 : Senang dengan Musibah yang Menimpa Orang-Orang Beriman dan Dengki    terhadap kebahagiaan mereka.
Semoga kita semak sifat2 di atas agar kita boleh perbaiki kelemahan kita dan menjadi Hamba Allah yg lebih taat dan patuh dan bersungguh-sungguh.
Wassalam.


Thank you for reading . Peace with love :)

Sedapnya lelaki itu makan biskut aku...

 Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum peeps!



Kisah ini berlaku di sebuah lapangan terbang. Seorang wanita membeli sebungkus biskut dan disimpannya dalam beg tangannya. Sementara menunggu waktu berlepas, beliau singgah di sebuah restoran. Wanita itu melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi di restoran tersebut, dimana seorang lelaki sedia ada duduk di sebelah wanita tersebut.

Kebetulan tiada lagi tempat/ meja lain tanpa pelanggan. Wanita itu rasa tidak selesa, namun tetap memesan minuman dan setelah minuman dipesan dihidangkan diatas meja dihadapannya. 

Beliau mula membasahkan tekak dan mengunyah sekeping demi sekeping biskut daripada atas meja itu.

Wanita itu rasa amat geram dan tidak senang hati apabila lelaki di sebelahnya turut memakan biskut tersebut. Dalam hatinya berkata "Sedapnya kamu memakan biskut aku tanpa meminta izin pun". Dan setiap kali wanita itu mengambil biskut, setiap kali itu jugalah lelaki itu mengambil dan memakannya.

Sakitnya hati wanita itu terhadap lelaki tersebut bukan kepalang. Bagaimanapun, lelaki itu kelihatan sangat ceria dan tersenyum lebar meskipun dia sedar wanita di sebelahnya sangat tidak senang dan memandang negatif kepadanya.

Sehingga tinggal sekeping biskut yang terakhir diatas meja itu dan kali ini wanita ini berhenti daripada mengambilnya. Dalam hatinya berkata : 'Aku mahu melihat apa lelaki itu buat pada biskut yang sekeping itu".

Setelah beberapa ketika, apabila difikirkan wanita itu tidak mahu mengambilnya, lelaki itu pun mengambil biskut itu dan dipatahkannya menjadi dua- sebahagiannya diberikan kepada wanita itu, manakala sebahagiannya lagi lalu dimakan. Bertambah-tambah sakit hati wanita itu.!

Setelah mendengar pengumuman penerbangan, wanita tersebut terus bangun menuju ke pesawat. 

Di dalam pesawat, wanita itu membuka beg tangannya dan alangkah terkejutnya, didalam beg tangannya masih ada biskut yang dibelinya tadi. Barulah wanita itu tersedar biskut yang dimakan tadi adalah biskut lelaki tadi!

Ya awda, apa bezanya wanita itu dan lelaki tersebut? Meskipun lelaki itu berkongsi biskutnya dengan wanita itu tetapi tetap ceria meskipun reaksi negatif wanita yang memakan biskutnya, bahkan sanggup berkongsi biskut yang terakhir. Sebaliknya wanita itu tidak gembira dan sakit hati justeru dibelenggu prasangka buruk.

Mengakhir coretan ini dan moral dari kisah ini ialah 
jangan terburu2 membuat kesimpulan dan jangan mudah menghukum orang cuma berdasarkan sangkaan dan sentimen. Sentiasa berlapang dada dan ikhlas. 

Renung-renungkan, fikir-fikirkan bersama. -arab-families.com


Apa yang korang dapat dari kisah ini?
Thank you for reading . Peace with love :)

10 sickness of heart

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum peeps!

10 Sickness Of Heart


1. You believe in the existence of Allah S.W.T, but you not fullfill His Commands.

2. You say you love Prophet Muhammad (peace and blessing of Allah be upon him) but you do not follow his Sunnah.

3. You read the Holy Qur'an, but you do not put it into practice.

4. You enjoy the benefits from Allah, but you are not grateful to Him.

5. You acknowledge Syaitan as your enemy, but you are not go against him.

6. You want to enter paradise, but you do not working for it.

7. You do not want to be thrown into Hellfire, but yet you do not run from it.

8. You believe that every living thing will face death, and you are not prepare for it.

9. You gossip and faults in others, but you forget your own faults and bad habits.

10. You bury dead, but you do not take lesson from it.



Thank you for reading . Peace with love :)

Tahukah anda???

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

10 perkara sia-sia


1. Berdoa untuk dirinya sendiri tetapi tidak dimohonkannya untuk kedua ibu-bapanya sendiri dan kaum muslimin.

2. Orang yang kerap kali membaca Al-Quran tetapi tidak secara tertib sehingga seratus ayat sehari.

3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid kemudian dia keluar kembali tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.

4. Orang yang melewati tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk kesejahteraan arwah-arwah mereka.

5. Lelaki yang masuk ke suatu kota pada hari jumaat, kemudian ia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.

6. Lelaki yang tinggal di suatu likungan dengan seorang ulama', tetapi tidak mempergunakan kesempatan intu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua muslim yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan keadaan masing-masing serta keluarganya.

8. Lelaki yang mengundang seseorang menjai tetamunya tetapi tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkakatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya merintih lantaran kelaparan, sedangkan ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.


Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya.
Siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya.
Siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.
Sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.                                             
 (Saidina Ali bin Abu Talib)

Thank you for reading . Peace with love :)

Lori duit syling jumlah RM75 000 kemalangan.

Seremban - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu, lapor Kosmo.

'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.

Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.

Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.

Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.

Harian Metro pula melaporkan, pemandu pacuan empat roda membawa wang berjumlah lebih RM70,000 berkenaan yang dikenali sebagai Zairulhisham Mansor, 28, berkata kejadian berlaku selepas kenderaannya dilanggar daripada belakang oleh sebuah kenderaan lain.

“Akibat perlanggaran itu, pacuan empat roda yang saya pandu hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan syiling dibawa bertaburan.

“Ketika itu, saya berada di lorong paling kiri dan bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.

Katanya, seorang rakan dalam pacuan empat roda bersamanya cedera ringan akibat kemalangan itu.





Thank you for reading . Peace with love :)

Ikhlas dan jujur dalam menuntut ilmu

Assalamualaikum peeps!
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Semalam bermulalah semester baru bagi pelajar universiti. Oleh itu bermulalah semester baruku iaitu semester 5. Semoga semester ini membuka lembaran baru, result baru, subjek baru, semangat baru, stress baru(erkk..). Sem ni semua subjek matematik(pengsan).

Kepada yang belum mengenaliku, aku belajar di UPM dalam bidang matematik, tahun 3(senior da), semester 5. Aku bukan ambik cikgu tau tapi pure matematik. Sebab semua ingat aku ambik pendidikan. Insya'Allah kalau ada rezeki aku aku pun nak jugak jadi cikgu. Doakan ye. 

Semoga aku dapat menempuh semester ini dengan ikhlas dan jujur serta nial Lillahi Ta'ala iaitu menuntut ilmu ini kerana Allah S.W.T. Tak ponteng kuliah. Selalu buat revision. 

P/s Doakan aku dapat 4 rata semester ini

Kbai


Thank you for reading . Peace with love :)

Cara nak makan tanpa basuh pinggan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Kepada sesiapa yang malas nak basuh pinggan boleh makan guna cara nih. Tapi saya tak pernah buat la sebab saya nih seorang yang rajin. *jangan muntah hijau pulak*..muahaha. Tips terbaiklah untuk orang yang malas! haha


p/s:  feel free to follow my blog


Thank you for reading . Peace with love :)

Buat duit dengan SAYS

Assalamualaikum peeps!

Tadi godek-godek blog lysa yang tak berahsia tuh tiba-tiba TUP TUP terjumpa cara nak buat duit dengan SAYS. Terus je sign up dan dapat duit..muahaha best giler SAYS ni. Ok bagi korang yang tak tahu apa yang saya perkatakan ni meh sini nak perjelaskan. Says ini ialah salah satu kerja sambilan yang korang boleh buat dengan hanya mengiklan kempen2 says di wall Facebook ataupun Twitter. Kalau yang takde blog pon boleh buat. 

Macam mana nak dapat duit dengan says tue?
Senang je. Mula-mula korang kena daftar dulu says.

1. Daftar kat [SINI] sekarang. RM5 automatik masuk dalam akaun SAYS anda.
2. kemudian pergi kat email korang untuk aktifkan / verify.
   
Tahniah anda dah ada akaun SAYS.

Kemudian saya nak ajar korang cara nak buat duit pulak.
1. First , korang tengok kat bahagian atas sekali ada tulis Specials dan klik button Specials tuh.

2. Kemudian korang pilih mana-mana kempen dalam list says. Korang klik kat kempen tu.  Yang ada tulis jumlah wang untuk iklan tu korang boleh lah SHARE LINK nya . Yang dah tulis complete tu , abaikan. Sebab kalau korang SHARE link pun , tak kan dapat duit pon.

3. Untuk dapatkan link untuk dishare korang tekan Broadcast yang warna hijau tuh. Bila dah tekan broadcast tu , akan keluarlah link korang kat bahagian bawah sekali tu. Korang bolehlah copy link dan paste link tersebut @ promosi di wall facebook  atau tweet di twitter atau boleh juga klik je button share dan tweet yang dah ada kat website says.

Jangan risau tak perlukan apa-apa modal untuk daftar says dah share iklan says.




Thank you for reading . Peace with love :)

Tutorial buat NUFFNANG DAN $$$

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Sebut jer pasal nuffnang, mesti ramai dah tau kan? mesti terbayang $$$$...
tapi ada jugak yang masih belum tahu fungsi nuffnang nie...bagi yang belum tau, korang boleh baca kat bawah nie....rugi bagi sesiapa yang aktif berbelog, tapi tak letak iklan nuffnang nih...
Saya pon baru je letak iklan ni lepas terbaca post lysa yang tak berapa rahsia tuh.
Tapi janganlah pulak kita berblog semata-mata nak kan duit. 

Nak tau apa fungsi nuffnang ni??
Dengan nuffnang, korang boleh tengok Pageview korang dalam sehari, seminggu, atau sebulan.
Dengan Nuffnang jugak, korang boleh dapat duit. Tapi , korang kenalah selalu aktif dengan blog korang. Kalau korang berminat nak buat, jom ikut tutorial nie...




Step 1 : Korang masuk website ini > http://www.nuffnang.com.my/

Step 2 : Klik bahagian Sign Up :


Step 3 :   Fill in Form Registration tuh . Tick Semua kotak kat bahagian Bawah sekali tuh. Masukkan huruf yang sepatutnya, dan klik Sign Me up!

Step 4 :  Bila dah klik Sign Me Up, akan keluar benda macam ini :

 

Step 5 :  Log in masuk dekat Emel korang tuh . Emel apa pun tak kisah, yang penting emel korang yang selalu guna.

Step 6 :  Lepas dah log in , korang check Inbox .. Nuffnang ada hantar satu email suruh Verify . Klik pada link seperti kat di bawah ini :

 

Step 7 :  Bila dah click , korang patah balik , tengok No.4 ! 

Step 8 :  Korang CLICK HERE dekat situ. Kalau susah sangat, korang masuk jer balik website nuffnang tu...http://www.nuffnang.com.my/

Step 9 :  Log in balik . Letak Emel Dan Password!

Step 10 :  Lepas korang dah log in . Korang akan nampak macam kat bawah nie. Korang klik pada kotak tuh...

 

Step 11 :  Korang Fill in Blogger Bio tuh... Then, Click SUBMIT!

Step 12 :  Lepas tuh , akan keluar warna2 hijau ? Korang fill in lah Blog Name korang , URL korang dan tekan Add New Blog .

Step 13 :  Then, akan keluar SURVEY.

Step 14 :  Fill in SURVEY tu...

Step 15 :  Then, tekan SUBMIT!


Dah selesai dah register nuffnang....senang sangat kan?? Sekarang nie nak tunjukkan cara nak letak iklan Nuffnang tu pulak...jom ikut tutorial nie yer...


Step 1 :  Korang ada nampak tak icon kat bawah nih?? Klik kat icon tu...

 

Step 2 :  Korang ada nampakkan kod-kod?? (Leaderboard , Sidebar , Between Contants!)

Step 3 :  Letak di Leaderboard (Atas Header) :

  • Log in > Dashboard > Design > Edit Hmtl > Tick pada kotak Expand Widget Templates
  • Tekan Ctrl+F dan cari kod ini : <body expr:class='&quot;loading&quot; + data:blog.mobileClass'>
  • Copy Kod LeaderBoard yang korang nampak tadi, then korang paste di bawah kod yang korang carikan tu...
  • PREVIEW dulu, kalau jadi boleh terus SAVE!!
  • Contoh akan jadi macam ini :


Step 4 :  Letak Di Sidebar :

  • Dashboard > Design > add a Gadget > Html/JavaScript
  • Copy Kod untuk  Sidebar pulak 
  • Paste pada ruangan Html/JavaScript 
  • Then, SAVE!!
  • Contoh akan jadi macam ini :


Step 5 :  Letak Between Contants :

  • Dashboard > Design > Edit Html > Tick pada kotak Expand Widget Templates
  • Tekan Ctrl + F dengan serentak, dan cari kod ini :  </b:includable>
  • Copy pulak kod  Between Contants  tu.
  • Paste atas kod yang korang cari tadi tuh. 
  • PREVIEW dulu, kalau jadi boleh terus SAVE!!
  • Contoh akan jadi macam ini :


Sekarang blog korang dah ada iklan nuffnang...korang kena letak ketiga2 iklan tu dengan cara yang betul macam  ditunjukkan tadi..jangan tinggal satu pun taw...lepas tu, setiap hari isnin, korang boleh tengok earning korang ada berapa...kalau korang salah letak iklan, korang takkan dapat earning daripada pihak nuffnang....


Thank you for reading . Peace with love :)

Tempat-tempat yang Mesti dilewati [part 1]

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


1. India
Sebenarnya ia hanya sebuah monumen. Dibangun selama 22 tahun oleh Shah Jehan sebagai musoleum untuk mengenang istri tercintanya Mumtaz ul Zamani yang lebih dikenal sebagai Mumtaz Mahal. Sebuah arsitektur atas nama cinta yang menjadi satu bangunan terindah di dunia.



2.Australia
Seriusly AWESOME! Subhanallah

Sydney terletak di pantai tenggara Australia dan dibina disekeliling Pelabuhan Jackson dan kerana ini ia juga dikenali sebagai Bandar pelabuhan. Sydney juga terkenal sebagai tempat pelancongan terutama Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge yang sudah menjadi ikon Sydney di mata penduduk dunia.


3.Canada [NIAGARA FALLS]
Pemandangan pada musim Panas.

Pemandangan pada musim sejuk.


Pemandangan pada waktu malam.

Kalau nak nikmati keindahn Niagara Falls, disarankan pergi masa musim panas. Banyak aktiviti boleh dilakukan seperti naik bot dan jalan-jalan berdekatan air terjun.Kalau masa musim sejuk, nak jalan pon terbatas sebab sejuk sangat. Lagipun, banyak attractions lain yang ditutup, jadi kurang sikit aktiviti outdoors masa musim sejuk.
Pergi masa musim sejuk dan musim panas pun bagus sebab pemandangan air terjun tu berbeza ikut musim.
Niagara Falls terletak di sempadan Kanada dan Amerika Syarikat. Ianya merupakan antara air terjun yang tercantik didunia.
~hanya mampu lihat dalam gambar je~


4. Venice


Venice terdiri dari 118 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan. Penduduk menyeberangi terusan-terusan ini melalui jambatan-jambatan yang kecil dan banyak. Mereka juga boleh menaiki sejenis bot yang dipanggil gondola untuk melalui terusan-terusan ini.
Kepada yang suka suasana sentimental dan romatik boleh datang sini sebab banyak binaan abad ke-17 di Venice.



5. Makkah Al-Mukaraamah
Sebagai orang islam of course lah ni tempat yang paling aku nak pergi. Tempat wajib dalam senarai sebelum mati.. Teringin nak pergi tapi tak tahu bila Dia nak panggil aku ke sana.. Tengah saving untuk ke sana.
Atau ada sapa-sapa nak sponsor ke..hehe
Apa pun, keep praying ok! 



Thank you for reading . Peace with love :)

Kucing yang comel

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ajaib-ajaib,gambar kat bawah nie menunjukkan seekor kucing yang sangat comel dan mempunyai kaler mata yang berlainan,mata sebelah kiri kaler brown dan sebelah kanan kaler biru. Bukan binatang je tau ada macam ni, manusia pon terdapat perkara ajaib nie,ia di gelar Heterochromia.

Biar gambar yang berbicara




Comel kan kucing-kucing ni. Macam pakai contact lens gitew.




Thank you for reading . Peace with love :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved Adibah Khairuldin