Jom tengok yang ni pulak

Mekah Hancur Pada Hari Jumaat

Hari Kiamat adalah hari di mana akan musnahlah segala yang tercipta dan akan binasalah segala makhluk yang pernah hidup di alam ini. Tahukah korang bahawa Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat? Jadi mari kita selami dan baca kisah di mana peristiwa-peristiwa (besar) yang akan berlaku sebelum munculnya Kiamat.


1. Munculnya Imam Mahdi

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi yang terakhir diutuskan dan Imam Mahdi pula adalah imam yang terkahir dan tiada lagi imam sesudahnya. Imam Mahdi adalah dari keturunan Hasan, yakni anak kepada Fatimah dan Ali bin Abi Talib. Ali pernah melihat Hasan sambil berkata: “Anakku ini akan menjadi pemimpin seperti dijanjikan Rasulullah dan nanti juga akan keluar dari keturunannya seorang lelaki yang namanya, kelakuannya sama seperti dengan nama nabi kamu, namun bentuk tubuhnya tidak sama”. Kemudian Ali menceritakan keadaan Imam Mahdi yang memimpin dunia secara adil dan bijaksana.

Rasulullah SAW pernah bersabda, “Akan keluarlah manusia dari sebelah timur, lalu mereka pergi menemui Mahdi, yakni untuk mengikuti pemerintahannya”. Imam Mahdi yang dijanjikan akan datang di akhir zaman itu dikatakan akan mucul dari timur dan mereka akan melantiknya di Mekah. Beliau akan memimpin dunia selama lima, tujuh atau sembilan tahun dan pada zamannya nanti ajaran Islam dapat ditegakkan, musuh-musuh Islam takut akannya, pemerintahannya tiada cacat cela, tiada kezaliman dan kebaikan berkekalan. Beliau menguasai dunia seperti Nabi Allah Sulaiman.


2. Munculnya Al-Masih Dajjal

Mengapa dia digelar Al-Masih? Nama Al-Masih diberi kerana buruknya rupa dan bentuk tubuh Dajjal dan dia diciptakan sebagai makhluk yang dilaknat kerana ia kufur dan mengaku dirinya sebagai tuhan. Al-Masih juga diberi kepada Dajjal kerana terhapus atau hilang mata sebelahnya. Kekuasaannya mencakup seluruh daratan dan lautan dan dia boleh menahan sungai daripada mengalir. Di antara kedua matanya tertulis kalimat KAFIR dan ia dapat dibaca oleh setiap mukmin sama ada pandai membaca atau tidak. Dia akan hidup di bumi selama 40 tahun

Pada akhir zaman nanti kemarau panjang akan berlaku, hujan tidak turun dengan lamanya, tumbuhan tidak tumbuh dan dunia semakin kering kontang, sementara manusia dalam kelaparan, kehausan dan banyak penyakit melanda. Ketika itulah akan munculnya Al-Masih Dajjal dengan hebatnya. Dia memerintahkan langit menurunkan hujan dan dia menyuruh bumi mengeluarkan tumbuhan, dan ia benar-benar berlaku. Kemudian dia menyuruh sungai supaya mengalir membasahi kekeringan bumi.

Dajjal menunjukkan kehebatannya dalam mengubati pelbagai penyakit, bahkan dia boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Dia berpura-pura mengajak manusia kepada pendamaian dan kemudian banyaklah pengikutnya. Dalam keadaaan demikian, maka Dajjal mengaku dirinya sebagai nabi Allah dan ramai percaya terhadapnya. Akhir sekali dia akan mengaku dirinya sebagai tuhan bahkan dia mempunyai syurga dan neraka.

Dajjal berkata, “Akulah tuhan semesta alam dan aku sanggu menghidupkan dan mematikan”. Tiba-tiba ada seorang mukmin membantahnya dan Dajjal terus membelahnya kepada dua bahagian. Kemudian Dajjal menyeru kepada tubuh mukmin itu, “Berdiri engkau”, lalu ia pon berdiri dan Dajjal bertanya lagi, “Percayakah engkau aku ini tuhan sekalian alam?”, orang mukmin itu menjawab, “Tidak, engkau masih Al-Masih pembohong”, lalu mukmin itu dicampakkan ke neraka milik Dajjal.

Orang-orang yang percaya pada Dajjal kemudian mengikutinya setelah melihat sendiri penipuan yang berlaku. Begitulah ramai yang akan kufur pada Allah dan beriman kepada Dajjal. Dajjal akan dibantu oleh syaitan dan jin dalam melakukan segalanya termasuk harta kekayaan. Mereka akan membantu Dajjal sama seperti mereka membantu Nabi Sulaiman satu ketika dahulu. Namun Dajjal tidak dapat memasuki kota Mekah dan Madinah kerana keduanya dijaga oleh Malaikat.

Bilangan orang-orang mukmin semakin sedikit lalu mereka lari ke puncak Bukit Dukhan untuk menyelamatkan diri dari Dajjal serta pengikutnya yang terdiri dari bani Iblis dan Bani Adam yang ramai dan kahirnya mereka dikepung di sana. Mereka ketakutan dan kelaparan berikutan tiada makan dan minuman di sana dan hanya mampu berdoa, berzikir, bertasbih dan bertahmid dengan kuat meminta pertolongan Allah. Tentera Dajjal tak dapat mendekati mereka kerana bacaan yang kuat itu.

Berbulan-bulan mereka terperangkap di atas bukit dan tiba-tiba langit menjadi gelap-gelita sehingga telapak tangan pun tak dapat dilihat depan mata. Kemudian mereka mendengar satu seruan dari langit, “Telah datang kepada kamu pertolongan!”. Tatkala itu bumi disinari nur dari langit dan turunlah Isa bin Maryam dan tangannya pada sayap dua Malaikat. Dajjal yang mengetahui kedatangan Nabi Isa kemudian terus pucat dan menyuruh pengikutnya mengerjakan solat. Ketika Nabi Isa mendatangi Dajjal, lalu Dajjal sambil ketakutan berkata, “Wahai nabi Allah, kami baru sahaja mengerjakan solat”. Isa AS bekata, “Wahai musuh Allah, engkau mengaku sebagai tuhan sekalian alam, untuk siapa kau solat dan mengabdi?” Lalu tamatlah riwayat Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa di Babu Luddi Palestin.


3. Turunnya Isa bin Maryam

Nabi Isa adalah nabi kedua terakhir yang diutuskan Allah. Nabi Isa telah dinaikkan ke langit dan hidup dengan aman hingga sekarang setelah cubaan membunuh oleh kaumnya. Waktu Dajjal berleluasa pada akhir zaman, Nabi Isa akan turun dan membunuhnya serta memimpin umat Nabi Muhammad ke jalan yang benar dan akan dihapuskan segala agama selain Islam. Dunia ketika itu akan aman sehingga anak perempuan boleh bermain dengan harimau.

Turunnya Nabi Isa diriwayatkan bahawa beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di Timur Damsyik dengan memakai pakaian kuning pada waktu fajar. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua Malaikat. Kulitnya putih kemerah-merahan dan terdapat nur di wajahnya. Beliau akan menghancurkan salib-salib, membunuh semua babi, menghapuskan cukai dan tidak membayar zakat kerana waktu itu tiada seorang pun yang berhak menerimanya. Tiada lagi cemburu, dengki , marah-memarahi antara satu sama lain, dunia berjalan dengan aman dan lancar.

Bumi akan mengeluarkan cahaya dan menumbuhkan tumbuhan sama seperti zaman Nabi Adam dan ramai orang memetiknya dan makan sehingga kenyang. Nabi Isa akan memimpin dunia dengan aman selama 40 tahun sebelum kewafatan beliau di Madinah. Beliau disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan makam Rasulullah SAW. Yakjuj Makjuj iaitu kaum yang amat ditakuti manusia juga akan muncul pada zaman Nabi Isa ini.


4. Keluarnya Yakjuj & Makjuj

Yakjuj dan Makjuj adalah dua kaum yang telah hidup lama di sebalik dua gunung dari zaman Nabi Ibrahim hinggalah sekarang dan mereka suka berbuat kerosakan di muka bumi dan menyusahkan dan mengganggu manusia. Masyarakat waktu itu tidak tahan dengan Yakjuj Makjuj lalu meminta Raja Zulqarnain iaitu pemimpin yang agung untuk membuat benteng menahan Yakjuj Makjuj dari keluar dari sebalik gunung tersebut. Lalu mereka bekerjasama membuat benteng yang tingginya sama tinggi seperti dua puncak gunung itu. Di situlah Yakjuj Makuj terkurung sehingga Kiamat nanti.

Telah tiba masanya lalu dengan izin Allah maka hancurlah dinding yang menahan kaum Yakjuj Makjuj dari melihat dunia selama ini. Mereka pun turun dari celahan gunung itu dengan lajunya seperti empangan yang pecah mengeluarkan airnya. Lalu Yakjuj Makjuj meminum dan memakan apa sahaja yang mereka jumpai sehingga kering air sungai dan perigi. Manusia ketika itu semuanya ketakutan dan bersembunyi, mereka memohon agar Nabi Isa menghancurkan Yakjuj dan Makjuj. Maka berdoalah Isa ke hadrat Allah dan berkat doanya, lalu Allah mengirimkan ulat kepada Yakjuj Makjuj dan mereka mati kesemuanya.


5. Matahari Terbit dari Barat

Terbitnya matahari dari ufuk barat adalah suatu yang mustahil akan berlaku tanpa izin Allah kerana ia bertentangan dengan hukum alam. Ketahuikah anda bahawa matahari itu setelah ia diciptakan, ia sentiasa mengikut peredarannya iaitu terbit di timur dan terbenam di barat? Setelah terbenam, ia pergi ke bawah Halimatul Arasy, sujud kepada Allah dan mensucikanNya dan membesarkanNya. Kemudian matahari akan meminta izin Allah untuk terbit kembali menjalankan tugasnya seperti biasa.

Setelah wafatnya Nabi Isa, manusia ketika itu ada yang tetap taat pada ajaran Islam dan banyak yang kembali kufur kepada Allah. Tidak lama kemudian berlakulah satu perubahan yang ketara pada alam semesta yang tidak pernah terjadi sepanjang umur dunia. Apabila matahari terbenam, malam menjelma seperti biasa, namun semua manusia dapat merasai keanehan malam tersebut. Malam itu terlalu lama dan panjangnya sama dengan dua malam biasa. Orang yang tidur sudah puas tidur, orang yang selalu solat subuh di awal waktu masih menanti masa solat, sehingga ramai yang keluar dari rumah masing-masing bertanya kepada jiran mengapa dunia masih gelap.

Rupanya Allah telah menahan matahari dari menjalani tugasnya, Allah berfirman, “Diamlah engkau disini”. Matahari pun diam selama dua malam sehinggalah Allah memerintahkan, “Terbitlah engkau dari tempat terbenammu”, lalu terbitlah matahari dari ufuk barat. Tatkala itu semua penduduk dunia berasa sangat pelik kerana ia tak pernah berlaku dalam sejarah, matahari telah terbit dari tempat terbenamnya. Kemudian kesemua mereka menangis sama ada yang Islam atau yang kafir kerana mereka sudah tahu hampirnya Kiamat. Namun segala tangisan dan taubat sudah tak berguna lagi. Pada waktu terbitnya matahari dari barat, Allah telah menutup segala pintu taubat dan pintu syurga, maka menyesallah mereka sehingga mulai hari itu, tidak seorang pun akan bekerja lagi.


6. Keluarnya Binatang dari Perut Bumi

Setelah terbitnya matahari dari ufuk sebelah barat, kemudian muncul lagi tanda kekuasaan Allah iaitu keluarnya binatang yang melata dari perut bumi. Apabila ia keluar sahaja ke muka bumi ini, lalu muncullah tanda pada dahi setiap manusia. Jika manusia itu beramal soleh maka tercatitlah perkataan “mukmin” pada dahinya manakala jika manusia itu seorang kafir, maka terang-terangan akan tertulis “kafir” pada dahi mereka.

Rasullullah SAW pernah bersabda bahawa panjang binatang ini adalah 60 hasta iaitu sama tinggi dengan Nabi Adam AS dan orang yang mencarinya takkan menjumpainya, sedangkan orang yang lari darinya takkan dapat lari daripadanya. Binatang ini dikatakan kepalanya seperti kepala banteng, matanya seperti mata khinzir, telinganya seperti telinga gajah, tanduknya seperti tanduk rusa, lehernya panjang seperti leher burung unta, dadanya seperti dada singa, warnanya seperti harimau, rusuknya seperti rusuk kucing, ekornya seperti ekor kibas, tingginya seperti unta dan ia akan membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman.

Apabila cincin Nabi Sulaiman dioleskan pada mukan orang kafir, maka akan hitamlah seluruh mukanya manakala apabila ia dioleskan pada muka orang mukmin, akan berserilah wajah mereka. Begitu juga tongkat Nabi Musa, apabila ia memukul hidung orang kafir dan mukmin, maka tertulislah pada dahi mereka kafir dan mukmin. Maka dengan itu jelas sudah perbezaan antara orang kafir dan mukmin.


7. Dunia diliputi Kabut

Allah berfirman, “Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah Azab yang pedih. Mereka berdoa, Ya tuhan kami hilangkanlah dari kami azab itu, sesungguhnya kami akan beriman“. (Al Dukhan: 10-12)

Apabila kiamat itu hampir tiba, maka dunia ini akan diliputi kabut yang tebal dan menjadikan dunia ini gelap. Kabut itu akan membuatkan orang mukmin selsema dan sukar bernafas manakala orang kafir berasa betul-betul merasa tersiksa dan terbakar. Semua orang akan berasa lemas ketika itu lalu mereka tunduk pada Allah namun segala penyesalan tak berguna lagi.








8. Angin yang Mematikan, diangkat Al-Quran & Perkara Baik


Setelah beberapa tanda besar berlaku, lalu berlalu tahun demi tahun, kemudian manusia tetap lalai dari menginsafi diri pada Allah. Yang baik akan membuat kejahatan kembali, yang jahat tetap begitu. Orang mukmin makin ketakutan yakni mereka takut terpengaruh membuat kejahatan serta fitnah lalu mereka berdoa pada Allah agar tidak terjerumus ke arah maksiat. Lalu Allah menurunkan ubat dari langit yakni angin yang kuat untuk mematikan orang-orang beriman walaupun dalam diri mereka masih mempunyai secebis keimanan. Maka tinggallah orang-orang kafir dan mungkar di muka bumi ini.

Lalu Allah angkat Al-Quran yakni penyuluh iman manusia ke langit serta bersamanya Allah angkat segala kebaikan dari dunia ini. Diceritakan bahawa Al-Quran datang mengadap Allah lalu ia mengadu, “Tuhanku, aku cuma dibaca orang dan tidak diamalkan sama sekali.” Mendengar yang demikian, lalu Allah mengangkat Al-Quran (ilmu) dari dada manusia bahkan dari kitab-kitab Al-Quran dan akhirnya tinggal kertas-kertas kosong sahaja, sedangkan huruf-huruf dan tulisannya sudah tiada lagi. Namun Allah telah meninggalkan pada umat masa itu satu kalimah sahaja dan ia hanya disebut oleh orang-orang tua masa itu, yakni kalimah “Lailaha illallah”. Setelah orang tua itu meninggal, maka hilang sama sekali ajaran Islam dari permukaan bumi.. 

Rasulullah SAW bersabda, “Yang mula-mula sekali diangkat Allah dari hambaNya ialah sifat pemalu, kemudian dicabutnya sifat amanah dan kasih sayang. Lalu Allah cabutkan pula kalung keislaman dari leher hambaNya, maka jadilah hambanya itu jauh dari rahmat dan dilaknat”. Apabila semua sifat berikut telah tiada dalam diri manusia, maka sifat-sifat buruk akan berleluasa di muka bumi dan manusia tatkala itu tidak memperdulikan sesama mereka. Mereka berbuat apa sahaja yang mereka kehendaki.


9. Hancurnya Kaabah

Kota Mekah adalah tempat di mana letaknya rumah Allah di muka bumi iaitu Kaabah. Ia menjadi tempat umat Islam seluruh dunia beribadat kepada yang Esa. Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air dua ribu tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.

Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.

Sabda Rasullullah, “Kaabah akan dihancurkan oleh orang Habsyah yang bergelar Dzus-Suwaiqatain (orang yang kedua-dua betisnya kecil) dan ia akan merampas segala perhiasannya dan melucutkan kelambunya. Seakan-akan terbayang di hadapan mataku keadaan seorang yang botak, bengkok sedikit sendi-sendinya. Ia memukul-mukul Kaabah itu dengan besi penyeduk dan kapak besar”. Nabi SAW bersabda lagi, “Seolah-olah aku dapat melihat orang-orang yang merobohkan Kaabah itu berkulit hitam, merenggangkan kedua kakinya dan membongkar Kaabah itu batu-batunya satu demi satu”.


10. Api yang Menghalau Manusia

Terdapat hadis menyebut, “Dan yang terakhir adalah api yang keluar dari Adan untuk menghalau manusia ke tempat pengumpulan mereka”. Manusia di akhir zaman makin jahat dan maksiat makin berleluasa, lalu ia menyemarakkan lagi kemarahan Allah, lalu dikirimkan api yang keluar dari perut bumi..

Api tersebut akan datang dari Adan (Yaman) dan akan membakar segala di langit dan dibumi. Datangnya api itu akan membuatkan manusia lari bertempiaran. Api itu bukan sahaja membakar segala di tanah dan di udara, namun segalanya di dalam laut akan turut terbakar. Maka berlarilah manusia menggunakan tumit mereka atau kenderaan-kenderaan hebat mereka, mereka berlari sekuat hati untuk menyelamatkan diri masing-masing namun mereka takkan selamat pada waktu itu jika mereka tidak ke negeri Syam.

Kenapa negeri Syam? Rasulullah ada bersabda, “Api akan keluar dari Hadramaut sebelum kiamat yang tujuannya untuk menghalau dan mengejar manusia”. Lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ke manakah harus kami berlari?” Lalu Nabi menjawab, “Pergilah ke negeri Syam”. Pada waktu itu berbondong-bondonglah manusia pergi menyelamatkan diri ke negeri Syam. Jika terdapat orang muslim yang masih hidup, api itu akan mengikuti sahaja muslim tersebut, jika dia berhenti rehat, maka api itu pun turut berhenti manakala bagi orang kafir, api tersebut akan terus mengejar mereka tanpa henti.

Maka terbakarlah segala-galanya di muka bumi yang dipinjamkan Allah kepada makhluknya. Hanya negeri Syam yang kecil sahaja tempat seluruh makhluk di dunia yakni manusia, binatang, jin dan Iblis serta pengikutnya berkumpul. Keadaan di sana amat sesak bahkan susah untuk bernafas apatah lagi nak tidur. Semuanya berhimpit-himpit lalu Iblis menyuruh konco-konconya menyesatkan lagi manusia yang dalam kesesakan. Lalu bertambah jahatlah mereka dan berbuat sesuka hati mengikut nafsu.


11. Ditiupkan Sangkakala dan Berakhirnya Umur Dunia

Sangkakala pertama: Mengejutkan dan Mematikan

Masanya telah tiba, manusia-manusia makin lalai dan tidak pernah insaf, lalu kemarahan Allah datang dan Allah memerintahkan Malaikat Israfil meniupkan sangkakala. Israfil tidak pernah lalai dari tugasnya. Sejak bumi diciptakan Allah, Israfil telah siap sedia memegang dan meletakkan sangkakala itu ke mulutnya dan matanya dihalakan ke Arasy Allah. Maka ditiupnya sangkakala pertama, yakni untuk mengejutkan. Dengan bunyi yang cukup kuat dan lantang serta didengar hingga langit ketujuh, menyebabkan seluruh makhluk Allah tergamam dan terkejut lalu membisu kesemuanya.

Firman Allah, “Dan ingatlah hari ketika ditiupkan sangkakala, maka terkejutlah segala yang ada di langit dan segala yang di bumi, kecuali orang-orang yang dikehendaki Allah“. (Al-Naml: 87)

Seluruh makhluk di bumi mendongak ke langit dan melihat sumber datangnya bunyi yang amat menggerunkan itu. Mereka tertanya-tanya dalam hati suara apa yang bergegar di langit itu. Rupanya telah tiba masa nyawa dunia ini ditarik kembali. Gunung-ganang tidak kukuh lagi, lalu ia berterbangan mengikut awan. Dunia bergoncang sekuat-kuatnya dan menjeritlah seluruh makhluk di bumi sehingga ibu melepaskan anaknya dan orang hamil melahirkan anak tak cukup umur. Ketika itu gelaplah dunia segelap-gelapnya kerana Allah telah memadamkan cahaya matahari, begitu juga cahaya dari bulan dan bintang. Tiada istilah siang dan malam. Langit terbelah, bulan dan bintang jatuh menghempap ke bumi.

Manusia tiada arah tuju lagi, mereka berkawan dengan jin dan jin berlindung dengan mereka. Semuanya buntu lalu mereka pergi berjumpa dengan Iblis yang mereka anggap dapat menyelesaikan masalah ini. Iblis membawa mereka ke laut, namun alangkah terkejutnya mereka melihat laut yang sudah naik dan api menyala dan mendidihkan laut itu. Mereka kecewa lalu berdiri sahaja melihat laut. Iblis yang bingung berlari ke sana sini namun segala yang dilihatnya adalah api. Dia teringat atas peristiwa dahulu yakni peristiwa yang memulakan permusuhannya dengan Adam dan sekaligus menjadikan dia kafir. Dia menyesali perbuatannya dan berkata, “Tuhanku, sekarang suruhlah aku sujud kepada sesiapa sahaja yang Engkau kehendaki”.

Syaitan-syaitan yang setia bersama Iblis selama ini berasa hairan dengan kelakuan pemimpinnya, lalu bertanya, “Wahai penghulu kami, kepada siapa engkau tunduk?” Lalu Iblis menjawab, “Aku merendah diri dan sujud kepada tuhan sekalian alam yang telah memanjangkan umurku sehingga hari kiamat. Sekarang sudah dekatnya masa yang telah dijanjikan.” Syaitan yang tidak pernah tahu akan kewujudan Allah selama ini lalu berkata, “Sesungguhnya engkau telah mencelakakan dirimu dan engkau telah mencelakakan kami”. Mereka menyesal namun penyesalan pada waktu ini tidak berguna lagi.

Tiba-tiba terdengarlah suara dari langit, “Sekarang sudah datanglah ketentuan Allah, maka jangan kamu minta untuk dipercepatkan lagi”. Meremang bulu roma mereka semua ketakutan dan menyesali perbuatan mereka namun ianya tidak berguna. Lalu ditiupnya Israfil sangkakala kedua yakni untuk mematikan, maka kedengaran ngauman sangkakala yang cukup kuat dan panjang sehingga menembusi lapisan langit dan bumi yang ke tujuh. Turunlah Izrail dengan rupa yang mengerikan dan dicabutnya nyawa segala makhluk dengan kasar secara paksa kecuali yang tertentu sahaja.

Allah berfirman kepada malaikat maut, “Pakailah pakaian kemurkaanKu dan bawalah bersamamu 70,000 Malaikat Zabaniyah (malaikat penjaga neraka) dan setiap satu malaikat itu membawa 70,000 cangkuk dari Neraka Jahanam dan cabutlah nyawa Iblis Laknatullah”. Malaikat maut turun ke bumi Allah dengan rupa seburuk-buruknya, bau sebusuk-busuknya, dan diceritakan rupa malaikat maut tiada seorang pun berani melihatnya. Maka larilah Iblis ke mengelilingi bumi, ke laut, ke langit, ke timur, ke barat, namun Izrail telah sedia berada di depannya. Akhirnya Iblis dikepung di tempat mula-mula ia turun ke bumi sewaktu zaman Nabi Adam dahulu, lalu dibentaknya Iblis dan dicabutnya nyawa Iblis secara kasar dan paksa lagi mengerikan. Menjeritlah Iblis dan matilah ia disana. Maka tamatlah permusuhan antara Adam dan Iblis dan dihancurkan dunia ini.

Malaikat Maut kemudian pergi mengadap Allah kemudian berkata, “Ya tuhanku, telah mati semua penghuni langit dan bumi kecuali makhlukMu yang Engkau kehendaki”. Allah bertanya pada Izrail walaupun Dia lebih tahu, “Siapa lagi yang masih belum mati?” Izrail menjawab, “Yang tinggal adalah Engkau yang sentiasa hidup dan tidak akan mati untuk selamanya, malaikat penjaga ArasyMu, begitu juga Jibril, Mikail dan saya sendiri”. Lalu Allah memerintahkan Izrail mencabut nyawa Jibril dan Mikail, kemudian mereka pun mati. Serta merta Arasy Allah bergoyang dan dengan izin Allah, Arasy berkata, “Ya tuhanku, mengapa diwafatkan Jibril dan Mikail?” Allah berfirman, “Diam engkau! Tidakkah engkau tahu bahawa Aku telah menetapkan kematian bagi semua makhluk yang berada di bawah ArasyKu?”. 

Izrail mengadap Allah sekali lagi lalu ditanya Allah siapakah yang masih tinggal, lalu Izrail menjawab, “Hanya Engkau ya tuhanku, malaikat pemegang ArasyMu dan aku”. Dia diperintahkan mencabut nyawa malaikat pemegang Arasy dan bergoncanglah Arasy tersebut disebabkan tiada siapa yang memegang Arasy yang besar itu. Dengan izin Allah, Arasy itu diam sendiri. Kemudian Allah bertanya lagi, siapakah yang masih tinggal, lalu Izrail berkata hanya dirinya dan Allah yang Maha Esa. Allah berfirman padanya, “Tidakkah kau mendengar firmanku bahawa setiap yang hidup pasti akan merasai mati? Maka cabutlah nyawamu sendiri.”

Pergilah malaikat maut di suatu tempat yakni antara syurga dan neraka lalu dicabutnya nyawa sendiri di situ dengan cara selembut-lembutnya. Izrail berteriak sekuat hati dan andainya ada makluk Allah yang lain mendengar teriakannya, maka akan mati kesemuanya. Lalu Izrail berkata, “Andainya aku tahu pedihnya rasa mati, akan aku cabut nyawa orang beriman dengan selembut-lembut cara.”

Sangkakala kedua: Membangkitkan
Setelah kewafatan Izrail, maka tinggallah Allah sebagai Raja di alam semesta ini, lalu Allah bertanya kepada alam, “Siapakah raja-raja yang memiliki kerajaan hari ini?” Namun tiada seorang pun menjawab persoalannya, maka Allah sendiri menjawab, “Hanya kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan”. Kemudian Allah memerintahkan langit menurunkan hujan seakan-akan air mani lelaki ke bumi selama berbulan-bulan sehingga bumi ditenggelami air. Lalu Allah hidupkan Jibril, Mikail dan Malaikat penjaga Arasy serta Israfil.

Israfil telah bersedia meletakkan sangkakala di mulutnya sambil menunggu arahan dari Allah. Jibril pula ditugaskan membawa pakaian yang serba cantik lagi harum ke kubur Nabi Muhammad bersama Buraq yang pernah baginda tunggah ketika Israk Mikraj dahulu. Kemudian Israfil memasukkan kesemua roh-roh umat-umat sejak Nabi Adam hinggalah kiamat ke dalam sangkakala dan ditiupkan sangkakala kali ketiga yakni untuk menghidupkan segala makhluk, maka terbukalah kubur Rasulullah dan keluarnya baginda disambut Jibril. Bertanya Rasulullah pada Jibril, “Hari apakah ini? Bagaimanakah perihal umatku”. Jibril menjawab, “Ketahuilah bahawa engkau adalah manusia pertama yang dibangkitkan.” Maka dipakaikan Rasulullah pakaian yang serba agung lagi baik dan ditunggangi Buraq ke Masyar.

Sangkakala terus ditiupkan dalam masa yang panjang dan bertebaran roh-roh masuk ke kubur masing-masing dan dihidupkan semua makhluk kali kedua. Mereka semua tertanya-tanya hari apakah ini. Itulah hari pengadilan dan mereka semua dihalau ke Padang Masyar untuk dihisab.




Thank you for reading . Peace with love :)

Soalan Yang Dijawab Dengan Penampar


Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya..

Pemuda : Anda siapa Dan apakah dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya

2.Apakah yang dinamakan takdir

3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)

Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh.

Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Imam : Itulah yang dinamakan takdir.

Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Imam : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan…

Wallahualam….

Thank you for reading . Peace with love :)

RAMADHAN DAY 11!



After hours and hours of fasting, it's normal for us fasting Muslims to feel the hunger and thirst. And once the Adhan Maghrib is heard, the first thing you would do is to gulp down all the yummy food that's placed in front of you!

So here's one common mistake most of us do but fail to realise; which is food wastage. Most fasting people tend to think that they SHOULD eat alot for fasting after missing all the meals (breakfast, lunch, etc) but the fact is, your stomach can only consume little!

So what happens with the left over food on the table and on your plate?
You tend to throw them away in the garbage.

Ramadhan teaches us to be grateful, but very often our nafs' takes over. Every grain of food and every drop of water or any halal drink must be greatly appreciated. Wasting is the way of the devil!

"Indeed those who waste are the brothers of syaitan (devil). Verily syaitan was most ungrateful to his Rabb" (17:27).

So to avoid wastage of precious food, one should refrain from cooking too much or buying too much food from bazaars!
If possible, try to avoid those ridiculous Buffet "offers" from hotels and restaurants too. RM65++ (about USD21) for adults and RM35++ (USD11) for kids - SERIOUSLY? They're only ripping your money off!

RM3 to RM5 (USD0.95) would be sufficient for an iftar (if bought from bazaar). RM65++ worth of buffet could feed about 13 other stomachs! Wouldn't it be better to use that access amount of money to feed the orphans?

So for the next remaining days of Ramadhan, let's all try to be more careful when it comes to cooking or buying food for iftar, insyaAllah.

Thank you for reading . Peace with love :)

RAMADHAN DAY 10

“The first matter that the slave will be brought to account for on the Day of Judgment is the prayer. If it is sound, then the rest of his deeds will be sound. And if it is incomplete, then the rest of his deeds will be incomplete.” (Al-Tabarani)

Solat, or prayers in Islam is EXTREMELY, AWESOMELY important that it shapes a Muslim. It keeps us away from sins, as God has stated:
“Verily, the prayer keeps one from the great sins and evil deeds” (29:45) And by praying, God erases sins too!

“If a person had a stream outside his door and he bathed in it five times a day, do you think he would have any filth left on him?” The people said, “No filth would remain on him whatsoever.” The Prophet then said, “That is like the five daily prayers: God wipes away the sins by them.” (Bukhari and Muslim)

Personally, I find praying to be relaxing and magical. Tho' I'm not -very- kusyu' (improving, insyallah), I would always tell myself that when I'm praying, I am the closest to Allah. (In fact, when Muslims sujud/sujdah, they are the closest to Allah)

To those who have been praying for Allah, I wish you GOOD JOB and may Allah grant you with unlimited rewards and Paradise; Let's all improvise our solat! 

And to those who have not been praying very much or not at all, tell yourself that you gotta START NOW (Yes, now!), and Ramadhan is the perfect time to do it for devils are chained. Give yourself a little credit and a push! You are a Muslim after all!
And don't forget to seek Allah for forgiveness for all the salat and prayers you have missed. He surely listens  

"Say: O my Servants who have transgressed against their souls! Despair not of the Mercy of Allah: for Allah forgives all sins: for He is Oft-Forgiving, Most Merciful.” [Sûrah al-Zumar: 53]

Let's all be better Muslims, AMIN.



Thank you for reading . Peace with love :)

Kisah Taat Uwais al Qarni Pada Ibunya

Jom kita sedekahkan al-fatihah untuk kedua ibu bapa kita dan berdoa kepada mereka.




Rasulullah pernah menyatakan akan lahir di Yaman seorang bernama Uwais al Qarni di zaman Umar al Khattab dan baginda telah berpesan kepada Umar dan Ali agar berjumpa dgn Uwais dan meminta Uwais mendoakan keampunan dari Allah bagi pihak mereka. Ini kerana doa Uwais amatlah mustajab. 

Uwais menderita sopak sejak lahir. Hilang ayah sewaktu kecil dan dipelihara ibu sehinggalah dewasa. Uwais amat sayang dan taat pada ibunya yg telah tua dan lumpuh itu.

Pada suatu hari ibunya menyatakan hasrat untuk menunaikan haji di Mekah. Uwais yg bersopak dan serba kekurangan itu masakan mampu membiayai unta , pembantu dan makan minum untuk perjalanan ibunya itu. Tambahan pula jarak dari Yaman ke Mekah amatlah jauh. Namun Uwais bertekad untuk memenuhi permintaan ibunya. Apakah daya Uwais?

Langkah pertama yg diambil Uwais dalam merealisasikan cita-citanya untuk membawa ibunya ke Mekah ialah dengan membeli seekor anak lembu.

Anak lembu tersebut ditempatkan di sebuah pondok yg dibinanya diatas sebuah bukit. Uwais telah dianggap tidak siuman oleh masyarakat setempat kerana saban hari dia akan mendukung anak lembu tersebut turun naik bukit dan kadang kala didukungnya pula mengelilingi bukit itu.

Pebuatan ini berlanjutan sehinggalah anak lembu itu telah membesar menjadi seekor lembu dewasa yg besar dan sihat. Dan diwaktu yg sama juga Uwais telah berubah menjadi seorang lelaki yg kuat dan tegap tubuh badannya hasil dari perbuatan mendukung anak lembu setiap hari.

Uwais menyatakan kepada penduduk setempat, mendukung anak lembu itu ialah persediaan untuk membawa ibunya ke Mekah. Dia tidak punya wang untuk membeli unta sebagai kenderaan untuk ibunya tapi kini dia punya kudrat untuk mendukung ibunya dari Yaman hingga ke Mekah.

(Yes, ladies and gentlemen, Uwais mendukung ibunya dari Yaman ke Mekah. Atas padang pasir tu Doooool!)

Uwais berjaya membawa ibunya ke Mekah dan sepanjang masa dia di Mekah doanya hanya satu, “ampunilah segala dosa ibuku, ampunilah segala dosa ibuku, ampunilah segala dosa ibuku” Sehinggalah suatu hari diketahui ibunya bahawa Uwais tidak pernah mendoakan satu apa pun untuk dirinya sendiri, ibunya telah mengarahkan Uwais berdoa untuk dirinya pula. Arahan itu berserta ugutan akan derhakalah Uwais terhadap ibunya jika dia masih tidak mahu mendoakan sesuatu untuk dirinya.

Maka Uwais pun memohon agar penyakit sopak yg dianggapnya rahmat dari Allah itu sembuh. Pun begitu, Uwais memohon ditinggalkan sedikit kesan sopak itu pada dirinya sebagai peringataan dan kenang-kenangan atas rahmat yg telah dikurniakan. Allah memenuhi permintaan Uwais serta merta dan meninggalkan setompok putih dileher Uwais sepertimana yg diingininya.

Tompok itulah yg telah digunakan sebagai tanda oleh Umar dan Ali semasa mengesah dan mengenal-pasti Uwais al Qarni dalam pertemuan mereka. Seperti mana yg dipesan oleh nabi, Umar dan Ali meminta Uwais al Qarni memohon kehadrat Allah keampunan atas segala dosa-dosa mereka.
Moral kisah ini?

1) Umar dan Ali yg dah kompom masuk syurga pun masih lagi memohon keampunan dari Allah.
2) Buat baik la dengan mak. Ambik ati mak. Gembirakan mak. Bukan susah pun. Terutamanya orang lelaki, haruslah diingat syurga lelaki bukan terletak dicelah kangkang bininya tapi dibawah telapak kaki ibunya.

p/s:interested to read....jadikan aku anak yg solehah..Kau ampunkan segala dosa ibuku Rakiah Binti Salleh. Kau haramkanlah dia dr api neraka..gantikan segala kedukaan dia dengan kegembiraan. redhakan dia msuk JANNAHMU...







Thank you for reading . Peace with love :)

#wordless monday

|s|e|l|a|m|a|t|p|a|g|i|
jom amalkan doa ini setiap pagi.


selamat beramal.. subhanallah|allahuakbar|alhamdulillah|
Thank you for reading . Peace with love :)

#wordless friday

please maths, im begging you.. already tired to solve your problem since kindergarten until now.



Thank you for reading . Peace with love :)

Alahai Lesen Kereta

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum peeps!
kereta idamanku


Kereta dah ada, lesen L pon dah ada, cuma KEYAKINAN je tak ada. Kuseru keyakinan datanglah padaku. hehe.. agar dapat ku pergi jalan-jalan. Bawa keluargaku jalan-jalan ke kota raya. ::kikiki::

Scene 1
Abah : Takde lesen, nak lesen. dah ada lesen tak berani pulak. takkan habis beribu untuk beli kad L je kot.
Aku : Nanti ada keyakinan la orang bawak..hehe *bilo tuh*

Scene 2
Ma : Pergi bawa kereta avanza auto ma. 
Aku : lagilah tak berani. BESAR

Scene 3
Adik : Dapat lesen sia-sia je. 
Aku : tunggu turn hang pulak berani dok bawak.

Scene 4
Aisyah(anak sedara 5 tahun) : Mak Lang tak pandai bawak kereta
Aku : ummi aisyah pun tak reti bawak kereta
Aisyah : Ummi Aisyah tak pegi belajar lagi. Mak Lang kan dah pergi belajar.
Aku : grrrrgrr *kena batang hidung sendiri*

Moral: silalah bawak kereta Cik Adibah hoi


Thank you for reading . Peace with love :)

TANDA HIDUP TAK BERKAT

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum peeps!



Banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan-NYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.

Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.

Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.


Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.

Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti.

Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.

Thank you for reading . Peace with love :)

Misteri Segi Tiga Bermuda

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum Peeps

Dulu waktu kecil-kecil selalu dengar pasal kisah SEGI TIGA BERMUDA. Kalau pesawat yang lalu kat kawasan ni mesti hilang macam tu je. Ada orang cakap makhluk halus la yang ambik. waktu tu kecik, terima je bulat-bulat apa yang orang kata. Ingatkan ni cerita dongeng je. Kesohihan cerita ni Wallahua'lam. Tadi jumpa kisah ni kat satu blog. jadi saya share disini.


Apakah markas jin terletak di Segitiga Bermuda?

Inilah soalan yang sampai sekarang masih merupakanmisteri Muhammad Isa Da-wud, seorang pakar jin dari Mesir, mengungkapkan bahawa ternyata iblis mempunyai banyak istana. Dia pindah dari satu istana ke istana yang lain untuk mengatur kera-jaannya yang sangat besar. Dari sanalah mereka mengen-dalikan seluruh aktiviti untuk menyesatkan dan menggoda manusia.


Al-Qur’an memberikan isyarat mengenai dua lautan yang mengalir, yang mempunyai suatu keajaiban. Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Dua lautan mengalir, dan kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilalui masing -masing. ” (Ar-Rahman: 20-21).


SUKAR UNTUK DIBUKTIKAN

Dengan itu, bukankah pasukan iblis bersama sekutu-sekutunya dari kalangan jin, boleh dikatakan sebagai pihak yang bertanggungjawab ter-hadap hilangnya ratusan pesawat dan kapal-kapal laut yang memasuki Segiti Bermuda?
Pesawat-pesawat dan kapal laut yang dinyatakan hilang di Segitiga Bermuda itu tiada diketahui jejaknya lagi. Kebiasaaanya, pesawat ataupun kapal laut yang mengalami kecelakaan ataupun tenggelam, dapat diketahui jejak atau bangkainya. Tetapi semua pesawat dan kapal yang hilang di Segitiga Bermuda tidak dapat dikesan sama sekali. Padahal pesawat atau kapal yang hilang itu dikendalikan oleh pilot dan nakhoda yang cekap.
Dari rakaman-rakaman yang berhasil ditemukan, dan setelah diadakan penye-lidikan, kehilangan pesawat-pesawat dan kapal-kapal tersebut tetap masih meru-pakan misteri yang sukar untuk dibuktikan.
• Pasukan iblis bersama sekutu-sekutunya dari kalangan jin, boleh dikatakan sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap hilangnya ratusan pesawat dan kapal-kapal laut yang memasuki Segitiga Bermuda? ”

MISTERI SEGITIGA BERMUDA


Antara pesawat-pesawat dan kapal-kapal yang hilang antara lain:

• Pesawat Star Tiger, tanpa sebab-sebab yang jelas dan tanpa mengirim laporan apa pun, tiba-tiba lenyap dalam perjalanan ke Segitiga Bermuda. Padahal sebelum-nya pilot telah mengumumkan bahawa sebentar lagi mereka akan mendarat di tempat yang dituju tanpa sebarang hala-ngan.

• Pesawat DC-3 dengan 35 penumpang hilang dalam jarak 80 km ke selatan Miami, tidak jauh dari Bermuda.

• Pesawat Star Areal yang hampir sama dengan pesawat Star Tiger, berangkat untuk meninggalkan Bermuda. Pilot mengumumkan bahawa cuaca sangat baik. Malangnya, pesawat tersebut tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan bangkainya.

• Sebuah kapal laut yang bernama Mary Silhouet, dite-mukan sedang terapung-apung di tengah laut Bermuda dalam keadaan kosong. Penumpangnya adalah seo-rang paderi dengan isteri dan seorang anak serta lapan kelasi kapal.

• Kapal Carol Darling mendekati pantai Carolina Utara tanpa seorang pun penumpang kecuali dua ekorkucing. Sedangkan kelasi kapalnya yang berjumlah 12 orang hilang tanpa jejak. Kapal tersebut dalam keadaan baik, dengan enjinnya yang masih berfungsi. Yang sangat aneh dalam peristiwa ini adalah di kapal itu terdapat sebuah meja makan dengan sisa-sisa makanan yang masih belum dibersihkan. Nam-paknya, suatu kejadian aneh telah berlaku dengan tiba-tiba.

• Kapal Houwitz tiba-tiba hilang bersamaan dengan peristiwa yang menimpa kapal Carol Darling, bahkan berlaku dalam waktu dan tempat yang sama. Kerajaan Amerika Syarikat sebelum-nya meyakini bahawa keja-dian yang menimpa dua kapal itu adalah disebabkan oleh para lanun laut.

• Kapal Syklob, sebuah kapal paling besar milik Amerika Syarikat tiba-tiba hilang di Segitiga Bermuda. Kerajaan Amerika merasa hairan bagaimana kapalnya hilang begitu saja tanpa dapat dikesan. Padahal kapal tersebut berlayar dalam cuacagamat baik dengan 300 kelasi. Seandainya kapal itu mengalami kesukaran atau-pun gangguan, tentunya mereka mengirimkan berita ataupun meminta bantuan, kerana kapal itu dilengkapi ^an radar dan alat-alat komukasi yang serba canggih.

• Lima pesawat tempur Amerika jenis TTB30 Finger bertolak dari pangkalannya di Lorderdile Florida. Kelima-lima pesawat itu terbang untuk meronda dan melakukan misi penyelamatan kapal-yang mengarungi lautan. Ketika jam menunjukkan pukul tiga petang, misi tersebut selesai melaksanakan tugasnya. Saat itu komando ekspedisi, Leftenan Charles Tylor, memberi arahan agar segera kembali ke pangkalan.

“Di sini Leftenan Charles Taylor, apa dapat didengar… ? Harap dijawab…kami kehilangan petunjuk untuk kembali… kami tersesat…saya tak dapat melihat daratan! Saya tak tahu arah Barat…semua yang ada di sekitar saya kacau… aneh .. .bahkan kawasan di mana kami berada sekarang tidak kami kenali…nampaknya… nampaknya. .. nampaknya….”
Tiba-tiba terdengar peringa-tan pertama tentang terjadi-nya bencana. Menara penga-was di Lorderdile Florida mendengar suara ketua ekspedisi Charley Taylor. Teks ucapannya yang dapat dirakam berbunyi: penyelamat itu tiba di tempat tujuan, tiba-tiba pesawat khusus itu hilang secara misteri tanpa dapat dikesan sedikit pun. Dengan itu lima pesawat peronda ditambah sebuah pesawat khusus yang membawa 13 pakar penyelamat, hilang secara tiba-tiba di Segitiga Bermuda.
Di tempat itu pula terdapat singgasana pusat kerajaan iblis yang dikutuk Allah s.w.t., dan bahawasanya jin termasuk di dalam struktur pemerintahan maharaja iblis.

KERAJAAN IBLIS

 Demikianlah berbagai peristiwa misteri yang berlaku di Segitiga Bermuda. Sehingga ianya dikenali juga dengan sebutan “Kuburan Atlantik.”Walaupun berbagai kajian dibuat untuk mengung-kapkan misteri Segitiga Bermuda, satu hal yang sering dilupakan oleh para pengkaji dan peniliti adalah bahawa di Segitiga Bermuda terdapat pusat pemerintahan makhluk ghaib dan markas kejahatan. Menurut pengakun jin Musthafa kepada Muhammad Isa Dawud, masyarakat jin adalah masyarakat yang vungat maju dan memiliki peradaban yang amat tinggi, n meninggalkan masyarakat manusia, khususnya dalam menggali dan mengo-lah benda-benda alam dan unsur-unsur perlombongan. Bahkan mereka telah berjaya menciptakan barang lombong yang bercampur dengan emas dan tembaga dan mengha-silkannya menjadi suatu benda bermutu tinggi dengan menggunakan kaedah yang tidak mungkin dapat dilaku-kan manusia, kecuali di masa Nabi Sulaiman a.s. Jin Musthafa juga melaporkan kepada. Muhammad Isa Dawud:”Aku mahu menyampaikan suatu berita yang sangat penting. Amerika,

“Di Segitiga Bermuda terdapat pusat pemerintahan makhluk ghaib dan markas kejahatan. Di tempat itu pula terdapat singgasana pusat kerajaan iblis”
Inggeris dan Jerman bermak-sud membongkar rahsia Segitiga Bermuda. Mereka membuat satelit baru yang khusus untuk mengkaji ke-ajaiban Bermuda, di samping satelit-satelit yang telah mereka luncurkan sebelumnya. Ternyata mereka tidak dapat membongkar rahsia Bermuda. Sebab keajaiban yang ada di sana bukanlah keajaiban yang dapat dilihat dengan mata.Sebab di sana terdapat sebuah kerajaan iblis yang sudah sangat tua sekali usianya. Bagaimanapun mereka tidak akan membahayakan sesiapa saja yang tunduk kepada Allah. Sesungguhnya bila ada seorang Muslim yang mele-wati daerah maut itu, dan ia membaca ayat-ayat Al-Qur’an, nescaya iblis bersama pasukannya tidak akan dapat mencelakakannya.*



sumber
Thank you for reading . Peace with love :)

Fattabiouni

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum Peeps!


Mesti korang pernah dengar Fattabiouni ni kat TV al-hijrah atau dari blog atau rakan atau mana-mana je lah. Kalau tak berkesempatan nak tengok kat tv al-hijrah bolehlah tengok kat youtube Fattabiouni Malaysia. Kalau Facebook, cuba klik untuk Fattabiouni Malaysia dan klik ini juga untuk Fattabioni English.

Fattabiouni ialah perkataan yang berasal dari Al-Quran menerusi firman Allah di dalam surah Al-Imran Ayat 31 sebagai mana di atas yang bermaksud Ikutilah aku’. Terjemahan penuh ayat tersebut, ‘Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu.'

Bagusnya cerita ini, ia mengajak kita untuk mengikut sunah Rasulullah dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara. Sunnah Rasulullah SAW itu mencakupi semua aspek kehidupan: Ibadah, muamalat, adab, pergaulan dan aktiviti harian. Sunnah ini sangatlahhh mudah untuk dilakukan, bahkan kadang-kadang kita sudah pun mengamalkannya tanpa kita tidak ketahui perkara tersebut ialah sunnah. Sekiranya kita berniat apa yang diamalkan itu sebagai sunnah, pasti kita akan mendapat pahala yang sangat besar.

 Kadang-kadang kita tak pernah tahu pun ianya sunnah tapi melalui cerita ini, banyak yang dapat kita tahu. Satu lagi, sangat suka tengok pengacara dalam cerita ini, Habib Mohammad Al-Saggaf. Mukanya tenang, cara penyampaiannya memang menusuk kalbu. Moga Allah rahmati usahanya membawa umat dunia ini ke arah mengikuti sunnah Baginda.

Jika ada kelapangan, saya nak buat ringkasan untuk setiap tajuk sebagai rujukan kepada saya. In Sha Allah.

Tonton dan amalkan sunnah itu dan sebarkan ke seluruh alam. 
Bersamalah kita berlumba-lumba berbuat kebaikan.


Jangan lupa berselawat kepada nabi.



Thank you for reading . Peace with love :)

Makanan haram pengaruhi lakukan dosa

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Pemilihan makanan halal perlu diberi perhatian. Perkara ini penting kerana banyak makanan dihasilkan oleh pengusaha bukan Islam. Kemungkinan termakan makanan haram disebabkan bercampur kandungan haram seperti sumber daripada babi atau cara penyembelihan tidak mematuhi syariat, agak besar jika kita tidak berhati-hati. Tidak haram makan makanan dihasilkan pengusaha bukan Islam jika dipastikan bahannya halal dan disediakan mengikut kehendak Islam. Namun, lebih baik jika umat Islam mengutamakan makanan disediakan orang Islam untuk mengelak keraguan. Memastikan yang halal wajib diusahakan.

Firman Allah bermaksud: “Oleh itu makanlah (wahai orang-orang yang beriman) semua yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyambah-Nya semata-mata.” (Surah al-Baqarah, ayat 172)
Firman Allah bermaksud: “Oleh itu makanlah (wahai orang-orang yang beriman) semua yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyambah-Nya semata-mata.” (Surah al-Baqarah, ayat 172)



Pengaruhi jiwa, minda


Makanan haram memberi kesan besar kepada kehidupan Muslim terutama dalam mempengaruhi jiwa dan minda. Jasad yang terbina daripada makanan haram akan mendorong melakukan perbuatan derhaka kepada Allah. Sifat buruk seperti tamak, hasad, malas melakukan ibadat dan cintakan kehidupan dunia lebih cenderung dilakukan mereka yang hidupnya menggunakan makanan haram.


Seorang ulama, Sheikh Ali Syazali ada menyebut: "Sesiapa memakan benda yang halal, maka hatinya menjadi lunak, tipis dan bersinar, sedikit tidurnya dan tidak terhalang daripada berhadapan dengan Allah. Sebaliknya, sesiapa makan benda tidak halal, maka tergeraklah semua anggota badan melakukan maksiat."

Memakan makanan haram menyebabkan kemurkaan Allah. Jasad terdapat daging dan darah yang terhasil daripada sumber haram tidak diterima ibadatnya dan sukar dimakbulkan doanya. Di akhirat hidupnya adalah di dalam neraka. 


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Setiap daging yang tumbuh daripada sesuatu haram, maka apa neraka baginya adalah lebih utama." (Hadis riwayat Tirmizi).

Justeru, amat penting selidiki dan memastikan sumber makanan dan minuman dimakan serta diminum adalah halal. Ahli keluarga yang hidup daripada sumber makanan haram tidak akan menikmati kebahagiaan hidup biarpun dalam kemewahan dan kesenangan. Hati dan perasaan kosong dan sentiasa tidak bahagia.

Kita perlu makan untuk keperluan jasad membina kekuatan fizikal dan minda, bukan makan untuk kepuasan hidup. Fahaman ini mendorong perbuatan minum arak dan terpengaruh dengan teori karut untuk memuaskan nafsu dengan memakan haiwan eksotik.


Dilarang melampaui batas


Islam tidak melarang menikmati makanan dan minuman yang diingini selagi tidak melampuai batasan agama. Makan banyak dan tidak terkawal menjadi punca obesiti dan mendatangkan banyak masalah kesihatan. Kita perlu bersyukur nikmat makanan dikurniakan Allah SWT. Bayangkan nasib mereka berdepan masalah kekurangan makanan.


Allah SWT menjadikan kelaparan sebagai satu ujian. Sesiapa yang bersabar dia beroleh kegembiraan.

Kelaparan yang dimaksudkan bukan saja tiada makanan, tetapi juga pantang akibat penyakit. Justeru, langkah awal untuk mengelak penyakit ialah mengawal cara pemakanan.





Thank you for reading . Peace with love :)

Rokok dan Epal Yang Haram




Seorang lelaki bercerita, "Ketika aku melaksanakan solat tahiyyatul masjid, aku mencium bau asap rokok yang menyengat dan mengusik khusyukku. Setelah mengucapkan salam, aku menoleh mencari sumber bau.

Aku mendapati seorang lelaki Mesir dengan bibirnya yang hitam. "Aku akan menasihatinya nanti setelah solat," gumamku. Namun, seorang anak kecil berusia sekitar 9 tahun tiba-tiba terlebih dahulu menghampiri lelaki tersebut. Terjadilah dialog antara mereka berdua.

Si anak membuka bicara,

"Assalamu'alaikum pakcik. Pakcik dari Mesir?"

"Ya pakcik dari Mesir."

"Pakcik kenal Syeikh Abdul Hamid Kasyak?"

"Ya, pakcik kenal."

"Syeikh Jadul Haqq?"

"Ya, pakcik kenal."

"Syeikh Muhammad Al-Ghazali?"

"Ya, pakcik kenal."

"Pernah tak pakcik dengar kaset-kaset ceramah dan fatwa mereka?"

"Ya, pakcik pernah dengar."

"Bukankah mereka semua tu adalah para syeikh (alim ulama') yang mengatakan bahawa rokok tu haram, tapi kenapa pakcik membelinya?"

Dengan agak tergagap, lelaki itu menjawab, "Bagi pakcik, rokok tak haram!"

"Rokok hukumnya haram, pakcik. Bukankah Allah telah berfirman, 'Dan (Allah) mengharamkan bagi mereka segala yang buruk.' Pakcik ada ke baca bismillah dan ucap alhamdulillah sebelum dan selepas merokok?" tegas anak kecil itu.

"Dalam Al-Quran takde ayat yang secara tegas menyatakan bahawa rokok tu haram," sangkal pakcik tu.

"Pakcik, rokok tu haram, sebagaimana buah epal juga haram," lanjut si kecil.

Lelaki Mesir itu pun mula naik pitam dan berkata, "Buah epal haram? Atas dasar apa kamu menghalalkan dan mengharamkan, wahai anak kecil?"

"Cuba pakcik beritahu ayat Al-Quran yang secara tegas menyatakan bahawa epal tu halal," pinta si kecil.

Lelaki itu bingung dan diam terpaku. Tidak sanggup lagi dia berbicara. Air matanya tumpah hinggalah ketika iqamat dikumandangkan. Selesai solat, lelaki itu menoleh ke arah anak kecil itu dan berkata, "Nak, pakcik bersumpah demi Allah, pakcik takkan morokok lagi buat selamanya." "

Alhamdulillah. ..



Sumber : haluantarbawi.com

Thank you for reading . Peace with love :)

Segmen : Terjah Tahun Baru AisyahHumaira'

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Assalamualaikum peeps!

Jom join segmen dari blogger AisyahHumaira'


 
Syarat :
Follow Blog Aisyah Humaira'
Like Fanpage Aisyah Humaira'
Buat Entry : Segmen : Terjah Tahun Baru AisyahHumaira'
Letak link penyertaan di kotak komen ENTRY ini. [lain-lain tempat tak diterima]
Terjah Semua Peserta
Update Akan Datang :
Senarai Peserta
Tarikh Berlangsungnya Segmen :
30/12/12 ---> 30/1/13 25/1/2013
Hadiah :
Topup RM30 [Top Referral]
Review Blog + Bloglist Setahun [Penerjah Paling Banyak]
Bloglist Setahun [Peserta Bertuah]
Hadiah Misteri [Peserta Awal | Tengah | Akhir]
[Hadiah Akan Bertambah Jika Lebih 200 Peserta]

*hopefully ada tuah..amin

Thank you for reading . Peace with love :)

Siapa suka bunuh SEMUT?


Dari Abu Hurairah ra katanya, saya mendengar Rasulullah saw bersabda :
"Seekor semut menyengat salah seorang nabi..nabi itupun menyuruh mencari sarang semut itu lalu dibakar, Allah lalu menurunkan wahyu kepada nabi itu..sesungguhnya hanya seekor semut yang menyengat engkau, dan engkau bakar salah satu umat yang bertasbih kepada Tuhan."
(HR Bukhari dan Muslim)
...
p/s : Allah, jangan dibunuh semut sembarangan..kerana mereka juga umat yang bertasbih kepadaNYA..♥
Thank you for reading . Peace with love :)

Kepada Penggemar Buku Jom Jumpa di Sana

Assalamualaikum Peeps!

Posto posto
.
.
.


Semalam Big Bad wolf buat satu kejutan. Gembira tak terkata. Tak sabar nak pergi. Kalau sape-sape yang ada kad siswa boleh la guna kat sini.#harapharapmasanidahdapatdah

First time pergi big bad wolf ni tahun lepas kat serdang memang best. Besar. Teruja tengok banyak buku dengan harga yang murah. Akhirnya hanya beli 4 buah buku dengan harga RM25. Biasa kalau beli 1 buku pon dah mahal. 

Tapi haritu nak cari buku agak susah la sebab ianya terlalu banyak. Hopefully kali ni dapat la cari buku Fifty Shades of Grey. 



tips: kalau dah jumpa buku yang nak @ xsure nak ke tak GRAB je dulu. Sebab lepas ni anda takkan pegi tempat tu balik. kalau boleh bawak trolley senang nak bawak*kalaunakbelibanyak

#taksabarnakpergi


Thank you for reading . Peace with love :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved Adibah Khairuldin