Jom tengok yang ni pulak

HIKMAHNYE HUJAN...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Peristiwa ni hampir terjadi pada setiap org... maybe la =)

HARI 1 : Ala, kenapa hujan? eii, da la x bawak payung, basah la nnti...

HARI 2 : Laaa, hujan lagi, kalau x ujan kan senang!! susah betul la hari2 basah...

HARI 3 : Ish!! kenapa x ujan pulak hari ni? penat je bawak payung!! 

moral of the storie morie :-

1. Diciptakan kejadian tu merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah agar manusia mendengar dan melihat agar mereka bersyukur

"Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur."
[Surah As-Sajdah 32:9]

"Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”
[Surah Al-Mulk 67:23]

2. Ingat x yang hari kedua kita ada ckp... 

"kalau x ujan kan senang!! susah betul la hari2 basah..."

Allah mendengar doa hambanya, cuma Dia lambatkan makbul doa tersebut untuk menguji sejauh mana ketaatan hamba padaNya

"Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (jawablah) bahawa Aku adalah dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran."
[Surah al-Baqarah 2:186]

** Benda ni terjadi bukan time hujan je, tapi dalam kehidupan, jadi moralnya, perbanyakkanlah bersyukur dengan apa yang dapat dan sentiasalah berdoa dan jangan berputus asa...

"KERANA ALLAH MAHA MENDENGAR DOA HAMBA2NYA.." ^_^

Thank you for reading . Peace with love :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved Adibah Khairuldin