Jom tengok yang ni pulak

#Fattabiouni - Bersuci cara Rasulullah s.a.w

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 


        Islam ialah agama kesucian. jika kita membaca sirah nabi SAW kita akan dapati baginda dalam hidupnya adalah manusia paling cenderung kepada kebersihan dan kesucian. Walaupun Allah SWT menjadikan baginda dalam keadaan suci lagi menyucikan. Tetapi  baginda tetap suka bersuci dan bersih.

        Bersuci ada yang wajib dan juga sunat. wajib bersuci ketika bersuci dari junub, haid dan lain-lain lagi. Sunat bersuci pula seperti mandi Jumaat, dua hari Eid, mandi untuk solat gerhana matahari dan bulan. sunat bagi kita membersihkan diri ketika menghadiri sebarang keramaian. Juga sunat membersihkan diri ketika masuk ke Mekah untuk Ihram dan Haji.

      Berlebihan yang ditunjukkan Nabi SAW dalam bersuci adalah satu perkara baru bagi kaum arab dan manusia ketika itu. Nabi SAW telah menyedarkan manusia agar bersuci dengan sebaiknya dan membersihkan diri keseluruhannya.

Cara bersuci.

Cara Nabi SAW mandi junub ialah:

1. Perkara pertama baginda lakukan ialah membasuh tangannya.
2. Kemudian baginda membasuh tempat hadas dan menghilangkan bekas.                          
   # Maksudnya baginda menyucikan najis di bahagian depan dan belakang.
3. Setelah Nabi SAW menyucikan bahagian tersebut baginda berwuduk seperi wuduk solat.
4. Kemudian baginda meleraikan rambutnya dengan jari jemari dan menuang air ke kepala agar seluruh  
    rambut mengenai air.
   # Kerana Nabi SAW mengingatkan kita dengan sabdanya: "Setiap urat rambut terdapat junub." Oleh  
      itu, kita patut memastikan setiap rambut hendaklah dibersihkan.
5. Setelah baginda meleraikan rambutnya Nabi SAW menuang air sebanyak 3 kali ke atas kepalanya.
6. Kemudian baginda membasuh sebelah kanan bahagian depan.
7. Kemudian baginda membasuh bahagian belakang di sebelah kanan.
    # Maksudnya baginda membasuh bahagian depan di sebelah kanan dan terus ke belakang.
8. Kemudian sebelah kiri bahagian depan dan belakang.
9. Kemudian baginda membasuh kedua kakinya.
    #Mungkin baginda basuh kakinya ketika berwuduk dan dikira bersuci.

       Dalam mandi junub, disunatkan kita lebihkan tumpuan di bahagian sendi. Kepada yang badannya berisi perlu beri perhatian kepada bahagian sendi. Bahagian bawah lutut. Bahagian ketiak. Bahagian antara 2 peha.
Pastikan air sampai ke bahagian anggota yang tidak terkena air dengan menggosok dengan tangannya. Sehingga dia yakin seluruh anggota badannya mengenai air. Maka mandinya diterima. Inilah mandi junub. Cara ini sunat dibuat pada mandian yang lain, boleh dibuat pada mandian sunat atau biasa. Menggunakan cara ini sepenuhnya. Termasuk sunat dalam berwuduk seperti bersiwak, membaca basmalah dan melakukan 3 kali. Juga diakhiri dengan doa. Seperi doa ketika selesai berwuduk.



              Doa ini dibaca oleh Nabi SAW. Sesiapa yang membacanya,  akan Allah bukakan untuknya 8 pintu syurga. Doa ini juga dibaca setelah mandi. Kita semua perlu mengingati perkara mulia ini. Teguran penting mengenai bersuci. Sunnah Nabi SAW baginda tidak mandi dalam keadaan bogel. Maksudnya baginda mandi dengan memakai kain penutup. Menutup bahagian antara pusat dan lutut. Apabila baginda ingin membasuh bahagian berkenaan baginda akan mengangkat kain dan memasukkan air di bawah kain tersebut. Ini salah satu sunnah Rasulullah SAW. Inilah sunnah yang diabaikan oleh kebanyakan orang. Ia berkaitan dengan sifat malu. Dengan sifat malu dan ketakwaan dalam hati, semestinya kita melakukan semua sunnah ini. Nabi SAW melarang dari pembaziran. Firman Allah SWT " Sesungguhnya orang-orang boros adalah saudara saudara Syaitan"

            Nabi SAW juga melarang membazir ketika berwuduk dan bersuci. Nabi SAW ketika mandi hanya menggunakan satu Sa'. Satu Sa' bersamaan dengan 4 gelen. Dengan kuantiti Sa' yang digunakan Nabi SAW untuk bersuci. Betapa baginda memelihara air, sehingga baginda bersabda : "Makruh dalam berbazir menggunakan air ketika berwuduk atau beribadah. Walaupun diambil dari sungai yang mengalir". Maksudnya makruh kita membazirkan air walaupun di sungai yang mengalir. Ketika baginda sakit dan menghampiri kematian, baginda telah mengajarkan orang lain cara memandikannya setelah dia wafat. Baginda meminta mereka memandikannya dengan air dan telaga tertentu. Nabi bersabda kepada mereka : "Bila aku mati, mandikanlah aku dengan air telagaku, telaga Ghars". Betapa mulianya didikan Nabi SAW. Wajib keatas kita mengikuti, beramal, mencontohi dan mengikut petunjuk Nabi SAW. Seterusnya diangkat martabatnya dan beroleh cinta Allah. Dan memang benar firman Allah SWT : " Katakanlah jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya kamu dicintai Allah" (Surah Al-Imran : 31). Mengamalkan sunnah walau di tempat yang jijik bagio manusia. Dia kan mendapat kecintaan Allah SWT. Suatu perkara yang baru baginya.

Firman Allah SWT : " Katakanlah jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya kamu dicintai Allah" (Surah Al-Imran : 31)


Thank you for reading . Peace with love :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved Adibah Khairuldin