Jom tengok yang ni pulak

Tempat-tempat yang Mesti dilewati [part 1]

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


1. India
Sebenarnya ia hanya sebuah monumen. Dibangun selama 22 tahun oleh Shah Jehan sebagai musoleum untuk mengenang istri tercintanya Mumtaz ul Zamani yang lebih dikenal sebagai Mumtaz Mahal. Sebuah arsitektur atas nama cinta yang menjadi satu bangunan terindah di dunia.



2.Australia
Seriusly AWESOME! Subhanallah

Sydney terletak di pantai tenggara Australia dan dibina disekeliling Pelabuhan Jackson dan kerana ini ia juga dikenali sebagai Bandar pelabuhan. Sydney juga terkenal sebagai tempat pelancongan terutama Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge yang sudah menjadi ikon Sydney di mata penduduk dunia.


3.Canada [NIAGARA FALLS]
Pemandangan pada musim Panas.

Pemandangan pada musim sejuk.


Pemandangan pada waktu malam.

Kalau nak nikmati keindahn Niagara Falls, disarankan pergi masa musim panas. Banyak aktiviti boleh dilakukan seperti naik bot dan jalan-jalan berdekatan air terjun.Kalau masa musim sejuk, nak jalan pon terbatas sebab sejuk sangat. Lagipun, banyak attractions lain yang ditutup, jadi kurang sikit aktiviti outdoors masa musim sejuk.
Pergi masa musim sejuk dan musim panas pun bagus sebab pemandangan air terjun tu berbeza ikut musim.
Niagara Falls terletak di sempadan Kanada dan Amerika Syarikat. Ianya merupakan antara air terjun yang tercantik didunia.
~hanya mampu lihat dalam gambar je~


4. Venice


Venice terdiri dari 118 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan. Penduduk menyeberangi terusan-terusan ini melalui jambatan-jambatan yang kecil dan banyak. Mereka juga boleh menaiki sejenis bot yang dipanggil gondola untuk melalui terusan-terusan ini.
Kepada yang suka suasana sentimental dan romatik boleh datang sini sebab banyak binaan abad ke-17 di Venice.



5. Makkah Al-Mukaraamah
Sebagai orang islam of course lah ni tempat yang paling aku nak pergi. Tempat wajib dalam senarai sebelum mati.. Teringin nak pergi tapi tak tahu bila Dia nak panggil aku ke sana.. Tengah saving untuk ke sana.
Atau ada sapa-sapa nak sponsor ke..hehe
Apa pun, keep praying ok! 



Thank you for reading . Peace with love :)

2 comments:

Norain Ujang said... Reply To This Comment

Maha Suci Allah......

beruangpolar said... Reply To This Comment

Kalau nak terokai ciptaan Allah ni banyak sangat..Subhanallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved Adibah Khairuldin