Jom tengok yang ni pulak

Penawar Hati

Hati. Segalanya bermula di situ. Hati yang penuh dengan kasih dan sayang, hati yang penuh dengan rasa benci dan dendam, hati yang sentiasa cintakan kedamaian, hati yang sentiasa inginkan kepuasan. Cantik dan buruknya perilaku seseorang bergantung pada ketulusan hatinyaHati seringkali dipenuhi dengan hasad dan dengki, benci dan dendam yang tidak terperi sehingga mampu mempengaruhi tangan dan kaki bergerak, berfungsi tanpa mengikut rentak akal yang diberi.  Bersihkan hati ini dari kata yang kelam lagi suram . 

"Ketahuilah bahawa di dalam dada manusia ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya, apabila ia rosak, rosaklah seluruhnya. Ketahuilah seketul daging itu adalah hati. [HR Bukhari dan Muslim]" 

Ubat hati ada lima perkara

Yang pertama Baca Quran dan maknanya
Yang kedua Solat malam dirikanlah
Yang ketiga Berkumpullah dengan orang soleh
Yang keempat Perbanyakkan berpuasa
Yang Kelima Zikir Malam berpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Allah Taala mencukupi



Thank you for reading . Peace with love :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved Adibah Khairuldin