Jom tengok yang ni pulak

Menang Hadiah lagi!

Dapat panggilan dari mak kita:

Lagu Justin Bieber berkumandang la~la~la~

"Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam..Ana..ni mak ni."

"Kenapa mak..suara macam hepi semacam je."

"Mak baru dapat bonus setengah tahun."

*hati mula menyanyi*

"Jadi Mak ingat nak bagi kamu ipad yang kamu idamkan tuh"

"Betul ke mak"

"Betul la..Ipad 16GB yang nipis dan boleh bawa kemana-mana tuh"

*pengsan*

Kalau dapat panggilan macam ni memang hepi semacam lah macam "out of the blue moon"(betul ke).
Mesti tak sabar rasa nak balik rumah nak jumpa mak(walhal nak hadiah).
Mesti selalu tepon mak kan?
Mesti kalau balik rumah, kita lah yang paling rajin kan?
Belum mak suruh kita dah buat kan?

"Kalau mak suruh cuci kereta?"
"Boleh mak, motor tak nak basuh sekali ke?"

Itu baru iPad. Boleh bayangkan tak kalau secara tiba-tiba, oksigen percuma yang kita tengah sedut setiap saat,tiba-tiba dikenakan cas? 1 sen setiap sedutan. sehari RM800. sebulan RM 24 000.

"Eh, harga oksigen dah naik lah. mahal betul, tak mampu nak bayar ni. Baik kita bunuh diri Ana."
Begitu juga dengan mata. Macamana kalau tiba-tiba, kita tak dapat melihat warna? semuanya hitam putih, macam filem melayu zaman dahulukala.

Dan anugerah yang kita selalu lupa: kehidupan itu sendiri. Macamana kalau tiba-tiba nyawa kita ditarik? Tinggallah mak, ayah, adik-beradik, rakan-rakan kita. Duduklah kita seorang diri, serangga jadi peneman.

Dan anugerah paling besar? Islam dan iman! kerana dengan anugerah itu kita dapat mengenal pencipta kita, dapat mengenal tujuan hidup kita, bahawa hidup ini bukanlah sia-sia, tapi satu jalan menuju syurga atau neraka.


Banyak kan 'hadiah' yang Allah beri pada kita?

وَآتَاكُمْ مِنْ كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا

"Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya tidak dapat kamu menentukan bilangannya.." (Ibrahim:34)



Kalau kita sedar betapa berharganya nikmat yang Allah dah beri kepada kita, mesti kita tertanya-tanya, "apa aku boleh buat untuk balas semua ini ya Allah??" Allah tidak meminta apa-apa dari kita, dan Dia tidak memerlukan apa-apa pun dari kita.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."



Dan dengan menyembah Allah, kita menguntungkan diri kita sebenarnya. Bayangkan, kalau seorang pakcik datang kepada anda dan memberi anda RM100.

"Adik, pakcik nak seratus ringgit tu boleh?"

Anda pun memberi semula duit kepada pakcik itu. Yalah, memang asalnya duit beliau, tak salah untuk beliau minta dipulangkan.

Selepas anda pulangkan duit, pakcik itu beri anda RM1000 pula. "Nah, ambil dan simpan" kata pakcik itu.
Mesti anda heran kan dengan perangai pakcik tu?? Macam tulah pemurahnya Allah SWT. Semua di langit dan di bumi ini milik Allah, dipinjamkan kepada kita. Dan kalau kita beri semula kepada Allah, Allah lipatgandakan apa yang kita beri!

Marilah sama-sama kita menjadi hamba yang bersyukur, berusaha untuk memperbaiki diri, berusaha menegakkan agama Allah dengan segala yang diberikanNya :-)





Thank you for reading . Peace with love :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved Adibah Khairuldin