Jom tengok yang ni pulak

Kemalangan Maut Membabitkan 10 Kenderaan

Lambai tangan sebelum terkulai



CEMAS...anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit.
CEMAS…anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit.

REMUK...kenderaan yang terbabit kemalangan, semalam.
REMUK…kenderaan yang terbabit kemalangan, semalam.

MELAKA: “Saya hanya mampu melihat pemandu lori itu melambaikan tangan dan menggerakkan kepalanya beberapa saat untuk meminta bantuan sebelum dia terkulai di tempat duduknya,” kata R Sivakumar, 32.

 Dia saksi kejadian kemalangan maut membabitkan 10 kenderaan di Persimpangan Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, di sini, jam 3.20 petang semalam.

Kemalangan membabitkan tiga lori, empat motosikal dan kereta iaitu masing-masing sebuah Proton Iswara, Perodua Kancil dan Honda City itu mengakibatkan dua maut dan tiga cedera.

Mangsa yang mati di tempat kejadian ialah pemandu lori membawa dedak, R Chandran, 46, dari Taman Mutiara, Alor Gajah dan penunggang motosikal, R Mukeudan@Mukudan, 62, dari Sagil, Muar, Johor.

Sivakumar berkata, ketika kejadian, dia yang memandu Proton Iswara bersama lima penumpang lain termasuk isterinya, S Eswari, 28, yang mengandung lima bulan dalam perjalanan dari sebuah pasar raya ke rumahnya di Kesang, Jasin dikejutkan dengan dentuman kuat apabila kenderaannya dirempuh lori dipandu Chandran.

Thank you for reading . Peace with love :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved Adibah Khairuldin