Jom tengok yang ni pulak

♥♥♥Kamu yang aku sayangi♥♥♥

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum awakk..




Awak lupa ye.. dulu kita janji nak jumpa kat Jannatul Firdausi.. tapi saya tengok awak tak berusaha pun nak cari jalan tu…awak lagi pilih manis dunia yg jelas menipu..dari bermujahadah meggapai redhaNya.. 

awak. .kita semua sama je.. manusia…hamba.. punya akal, punya nafsu, punya iman.. saya bukan malaikat…saya pun rasa peritnya mujahadah..kalau awak beralasan awak tak mampu, sebenarnya saya lagilah tak mampu..tapi saya usaha jugak, yakinkan diri bahawa dalam setiap langkah, saya punya Allah..


Awak.. Air mata yg mengalir kerana sakitnya melawan diri sendiri..menarik diri sendiri keluar dari gaung jahiliyyah setelah lama mendap di dasarnya.. itu lebih sejuk menenangkan daripada tangisan kegembiraan tatkala satu persatu keinginan nafsu terpenuhi… percayalah.. ia satu nikmat yg tak terungkapkan nilaiannya.

awak.. saya bukan menunding salah.. bukan..saya tak mainkan watak ‘awak’ dalam kisah awak. Jadi, pastinya ada scene2 yang saya terlepas.. bahkan, saya sendiri pun banyak cacat dan khilaf..pape pun.. saya nak kita ingat..dan sedar bahawa kita Cuma singgah je kat dunia ni. Bila2 je kita akan fly ke negeri abadi tu…dan janjilah sekali lagi, kita jumpa kat sana ye. Jannatul Firdausi… Sama2 doakan ea awak..love u keranaNya.. ♥

~better late than never. Waktu terus berlalu. .namun rahmat dan maghfirahNya setia menunggu.
Salam mujahadah, salam renungan..buat saya dan awakk2 yang disayangi.



Thank you for reading . Peace with love :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved Adibah Khairuldin